Wednesday, June 12, 2013

Beri peluang pekerja swasta buat opsyen

Posted by Smookiekins On 6/12/2013 11:09:00 AM
Bakal pesara sebelum 1 Julai wajar dibenar buat pilihan


Majikan disaran memberi opsyen kepada lebih 300,000 pekerja swasta yang bersara dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini sehingga pelaksanaan umur persaraan 60 tahun, berkuatkuasa pada 1 Julai depan. 

Presiden Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Mohamed Shafie BP Mammal, berkata menerusi opsyen itu, pekerja boleh membuat pilihan sama ada mahu bersara pada umur 55 tahun atau terus bekerja untuk tempoh lima tahun lagi. 

Kita berasakan pekerja yang bersara dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini harus diberi opsyen oleh majikan kerana ada di antara mereka masih mempunyai tanggungan besar seperti pinjaman perumahan” Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC


Sebahagian besar keliru

“Opsyen itu penting kerana sebilangan besar pekerja pula masih keliru apabila ada majikan dilaporkan mahu mengemukakan permohonan penangguhan pelaksanaan umur persaraan 60 tahun.

“Kita berasakan pekerja yang bersara dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini harus diberi opsyen oleh majikan kerana ada di antara mereka masih mempunyai tanggungan besar seperti pinjaman perumahan,” katanya kepada BH, semalam.


Bulan lalu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abdul Muttalib, berkata majikan yang tidak mengemukakan permohonan penangguhan tetapi gagal melaksana umur persaraan 60 tahun berkuatkuasa 1 Julai ini bakal didenda sehingga RM10,000 mengikut Akta Umur Persaraan Minimum 2012. 

331 majikan mohon


Ismail berkata, sehingga tarikh tutup permohonan pada 30 April lalu, kementerian hanya menerima 331 permohonan majikan dan semuanya masih pada peringkat penelitian dan semakan.

Rang Undang-Undang Akta Umur Persaraan Minimum 2012 diluluskan di Dewan Rakyat pada 27 Jun lalu dan Dewan Negara pada 17 Julai lalu dan diwartakan pada 16 Ogos lalu.

Sementara itu, Shafie berkata, pihaknya amat berharap Kementerian Sumber Manusia akan turun padang bagi memantau perkara berkenaan.


Sumber: Berita Harian

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...