Friday, April 26, 2013

Barisan Nasional komited daulatkan sektor pendidikan

Posted by Smookiekins On 4/26/2013 02:30:00 PM


SEMPORNA: Barisan Nasional (BN) komited mendaulatkan sektor pendidikan kerana yakin keberkesanannya dalam membantu masyarakat luar bandar keluar dari kepompong kemiskinan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, sektor pendidikan sentiasa diberi perhatian dan mendapat peruntukan yang tinggi dalam manifesto BN yang dilancarkan Perdana Menteri.

Menurutnya, BN tidak hanya mahu memberi pelbagai bantuan seperti enjin bot, bantuan elektrik dan air tetapi pendapatan masyarakat tidak berubah sehingga tidak mampu menjelaskan bil-bil elektrik dan air yang disalurkan.

“Kita yakin dengan kemampuan sektor pendidikan, banyak contoh di peringkat dunia bagaimana pendidikan boleh membantu masyarakat luar bandar, kerana hanya dengan ilmu, kita tahu bagaimana mempunyai pendapatan.

“Dulu kita hanya makan agar-agar di laut itu, tetapi sekarang agar-agar itu boleh dibuat ubat yang ada kolagen, boleh buat muka jadi muda sentiasa, jadi pendapatan nelayan pun semakin bertambah kerana ada ilmu,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan sumbangan bantuan komputer riba 1Malaysia dan pemberian wang zakat sumbangan Pusat Zakat Negeri kepada pelajar miskin di SMKTagasan di sini, kelmarin.

Katanya, hanya melalui pendidikan akan dapat melahirkan modal insan yang berkaliber sekaligus membantu pembangunan dan kemajuan negara.

“Kalau tiada modal insan yang berilmu, pembangunan tidak akan dapat dijayakan, sebab itu pembangunan negara perlu selari dengan pembangunan modal insan,’’ katanya.

Terdahulu beliau menyatakan di daerah ini, prestasi pendidikan sudah semakin meningkat dengan kejayaan yang boleh dibanggakan apabila jumlah yang berpengetahuan dan berpendidikan juga semakin ramai.

“Dulu satu sahaja sekolah menengah di sini tetapi sekarang sudah ada Sembilan, malah bukan hanya diperingkat ijazah sahaja malah anak-anak dari daerah ini juga sudah menjawat jawatan penting dalam kerajaan,’’ katanya.

Sehubungan itu katanya, komitmen penuh dari guru dan kerjasama yang baik dari ibu bapa serta masyarakat merupakan resepi cukup penting memastikan sektor pendidikan dapat didaulatkan.

Pada majlis itu seramai 173 pelajar menerima sumbangan bantuan komputer riba 1Malaysia dan 100 pelajar menerima wang zakat.

Sumber : New Sabah Times 
Reactions:

6 comments:

  1. Dengan program transformasi yang telah dicadangkan dan akan dilaksanakkan pasti dapat menolong meningkatkan lagi produktiviti pendidikan di negeri sabah. Terima kasih BN

    ReplyDelete
  2. Sesungguhnya rakyat dan pemimpin Sabah menerima baik transformasi ini kerana pati dapat membantu merangsang pendidikan di Sabah.

    ReplyDelete
  3. Sabah terus mencatat perkembangan memberangsangkan dalam bidang pendidikan berikutan keputusan peratus lulus negeri bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 berjaya mengatasi pencapaian kebangsaan sebanyak 3.21 peratus.

    ReplyDelete
  4. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Jame Alip berkata, daripada 33,535 calon yang menduduki peperiksaan itu, sebanyak 31,626 atau 94.31 peratus calon berjaya memperoleh sijil, berbanding keputusan sama sebanyak 94.05 peratus atau 30,827 calon pada 2011.

    ReplyDelete
  5. "Sebanyak 199 calon berjaya dengan cemerlang selepas memperoleh gred A (A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran dalam SPM 2012, berbanding 187 orang pada tahun sebelumnya. Pasti dapat dipertingkatkan lagi dengan pelancaran transformasi ini.

    ReplyDelete
  6. sektor pendidikan mmg perlu dipertingkatkan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...