Friday, April 26, 2013

Jangan khianati parti demi kepentingan sendiri

Posted by Smookiekins On 4/26/2013 02:26:00 PM


Chief Minister Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman showing the Sabah BN report card at a meet-the-people session in Kampung Nelayan Tengah in Sungai Batang, Sandakan on Thursday

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman menasihatkan ahli- ahli Barisan Nasional dan UMNO untuk tidak menghianati parti demi kepentingan sendiri. 

Musa berkata beliau telah dipanggil dan menasihati bekas ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Libaran, Sahar Saka supaya tidak bertanding sebagai calon Bebas. 

"Tindakan beliau (Sahar) membuktikan bahawa dia mengkhianati parti dengan bertanding sebagai calon Bebas untuk kerusi parlimen Libaran", tambah Musa. 

Pengerusi BN itu berkata demukian sewaktu sesi bertemu rakyat di pusat mengundi Sungai Batang. 

Mengulas mengenai lawatan dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Sabah pada hari Selasa dan Rabu, Musa berkata dengan sokongan daripada rakyat, Sabah akan dapat menyumbang kemenangan besar dalam kedua-dua kerusi parlimen dan negeri.

Musa juga menasihati orang ramai supaya tidak tertipu oleh oleh calon-calon Bebas malah menyokong BN. Beliau berkata, ianya hanya helah untuk mengelirukan pengundi untuk mendapatkan undi mereka. 

Mengulas mengenai lawatan dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Sabah pada hari Selasa dan Rabu, Musa berkata dengan sokongan daripada rakyat, Sabah akan dapat menyumbang kemenangan besar dalam kedua-dua kerusi parlimen dan negeri.


Oleh : Bah Sabah Bah 

Reactions:

2 comments:

  1. Jadilah pendukung dan pengamal politik yang sihat demi kepentingan bersama. Teruskan jentera politik anda BN!

    ReplyDelete
  2. berjuang untuk rakyat dan negara, bukan untuk diri sendiri.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...