Friday, April 26, 2013

Saya rasa bersalah dan ianya bukan hanya membohongi diri saya sendiri...

Posted by Smookiekins On 4/26/2013 03:29:00 PM
Berikut cerita pengalaman dan pengajaran yang Saidil Simoi perolehi :



Janji tidak ditepati 
Saidil Simoi mengikuti Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebagai ketuanya. Beliau sangat percaya Anwar dan partinya boleh membawa keadilan kepada negeri. 

Beliau juga bertanding di kawasan Parlimen Kota Belud atas tiket PKR pada tahun 2008 dan berada di atas majlis kepimpinan negeri.

Bekas ketua PKR Kota Belud yang juga pengarah Buku Jingga Sabah, bagaimanapun menyedari bahawa PKR dan Anwar telah memberikan janji-janji palsu malah kosong kepada rakyat Sabah. 


"Saya pergi bersama dengan PKR, saya pergi ke seluruh negeri bersama PKR untuk berjuang dan bercakap kepada orang ramai mengenai autonomi tetapi saya berbohong kepada mereka. Lalu saya katakan kepada diri saya sendiri, adakah saya mahu meneruskan sandiwara ini? 

"Adakah saya mahu meneruskan perjuangan kepada parti yang dinamakan Parti Keadilan tetapi sebenarnya tidak mengamalkan keadilan? Saya rasa bersalah dan ianya bukan hanya membohongi diri saya sendiri... Saya berbohong kepada rakyat," kata Saidil yang keluar PKR kelmarin (25th April) dan mengikuti BN. 

Menurut Sidil, Anwar adalah seorang yang sangat berkarisma dalam menyampaikan ucapan dan boleh mempengaruhi fikiran orang dengan kata-katanya. 


" Itu adalah Anwar. Biar saya jelaskan, Anwar memiliki agendanya yang tersendiri. Saya tidak perasan atau sedar sehingga akhirnya saya melihat bahawa perjuangan PKR itu adalah kosong". 

Dakawa beliau lagi "Anwar bertindak atas perasaan dendamnya, hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dan pemimpin kosmetik "Cosmetic Leader". 

" Jadi hari ini, saya bertekad untuk membetulkan kesalahan kerana membohongi rakyat Sabah, terutamanya Kota Belud. Saya juga adalah pengarah Buku Jingga Negeri dan bertanggungjawab untuk menganalisis secara terperinci apa yang dijanjikan. 

"Apa yang jelas, tiada autonomi untuk Sabah yang dijanjikan oleh pemimpin Pakatan Rakyat dan biar saya bagi satu contoh bagi pencalonan untuk Sabah dalam PRU 13 ini. Pemimpin Sabah tidak diberi rundingan berkenaan hal itu" kata beliau. 

Saidil percaya bahawa calon PKR tidak mampu bersaing dengan Barisan Nasional dan oleh kerana itu mereka tidak mampu untuk mengubah orang-orang Sabah. 

Beliau juga menegaskan bahawa keputusan itu adalah sukarela kerana tidak mahu membohongi orang Sabah lagi. 

"Pada pendapat saya, jika PKR membentuk kerajaan, ianya akan menjadi lebih teruk daripada apa yang kita impikan selama ini. Itu apa yang saya rasakan dan saya di sini ingin menyatakan sokongan kepada pemimpin-pemimpin BN yang telah berdiri teguh dalam menghadapi segala yang telah dibuang ke muka mereka. Mereka berpegang kepada prinsip membawa perubahan kepada rakyat, "katanya.


Oleh : Bah Sabah Bah 


Reactions:

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...