Thursday, March 7, 2013

RM100 ribu untuk setiap anggota polis terbunuh

Posted by Smookiekins On 3/07/2013 03:05:00 PM

Kerajaan Negeri Sabah akan memberikan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada setiap keluarga anggota keselamatan yang terkorban di Lahad Datu dan Semporna.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Hj Aman mengumumkan sumbangan itu dalam sidang media yang diadakan di pejabatnya di Wisma Innoprise di sini kelmarin.

Selain itu, beliau juga berkata bahawa kerajaan negeri juga menyumbangkan sebanyak RM50,000 kepada setiap anggota keselamatan yang cedera parah dalam konflik berkenaan.

Musa menambah: “Kerajaan negeri juga akan mempertimbangkan pemberian bantuan-bantuan lain yang sesuai kepada balu-balu mangsa dan anak-anak mereka.

Musa berkata kerajaan negeri dan seluruh rakyat Sabah amat menghargai dan menyanjung tinggi jasa serta pengorbanan pasukan keselamatan dalam mempertahankan kedaulatan negara.

“Sesungguhnya pengorbanan mereka terhadap negara memang besar maknanya yang tidak dapat dinilai dengan apa sekalipun,” katanya.

Lapan anggota polis terkorban dan empat yang lain cedera dalam insiden pencerobohan pengganas asing di Pantai Timur Sabah pada Jumaat dan Sabtu lepas.


Sumber: New Sabah Times

Reactions:

1 comment:

  1. ini dpt kurangkan beban keluarga anggota yang terbunuh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...