Thursday, December 27, 2012

Pegawai daerah perlu memimpin, bijaksana dalam tugas - Musa

Posted by Smookiekins On 12/27/2012 12:56:00 PM
Pegawai daerah di Sabah perlu membudayakan ciri kepimpinan dan kebijaksanaan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman kelmarin.

Katanya, nilai tersebut penting bagi menggambarkan imej dan kewibawaan perkhidmatan awam dan kerajaan pada keseluruhannya dalam melaksanakan program melibatkan rakyat di peringkat akar umbi.
“Tuan-tuan dan puan-puan perlu lebih proaktif dan inovatif dalam melaksana, memantau dan menilai pelaksanaan segala program dan dasar-dasar kerajaan dari semasa ke semasa.

“Program turun padang hendaklah diperbanyakkan dan dibudayakan bagi melihat perkembangan pelaksanaan projek-projek,” katanya pada Majlis Perasmian Persidangan Pegawai-Pegawai Daerah Negeri Ke-20 di sini.

Teks ucapan beliau disampaikan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Musa juga berkata peranan pegawai daerah bukan sahaja penting sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat, tetapi juga menjadi tumpuan dalam menyelesaikan pelbagai masalah setempat seperti bencana alam, pembahagian atau pendudukan tanah, keselamatan, gejala sosial, penyediaan kemudahan asas dan perkara berkaitan hak asasi anak negeri.


Sumber: New Sabah Times

15 comments:

  1. Datuk Seri Najib Razak menyifatkan program turun padang dan tinjauan mesranya di seluruh negara amat berharga bagi membolehkan beliau memahami pelbagai masalah rakyat.

    ReplyDelete
  2. Perdana Menteri mahu jabatan dan agensi kerajaan membuat semakan terperinci menerusi tinjauan sebelum keputusan diambil terutama yang membabitkan kepentingan rakyat. Beliau berkata, keputusan tidak seharusnya berpaksikan kepada maklumat atau data di atas kertas, tetapi realiti.

    ReplyDelete
  3. Itulah yang penting untuk membantu kerajaan dalam memastikan rakyat senang dengan usaha yang dibuat oleh kerajaan.,

    ReplyDelete
  4. Tindakan memecat ketua cabang beserta beberapa penjawat dalam kawasan tersebut hanya kerana menyuarakan hak mereka untuk penjelasan isu harta azmin ali jelas membuktikan bahawa PKR parti penipu rakyat.

    ReplyDelete
  5. Laung bagai rak kata menuntut hak kebebasan bersuara.. Kononnyalah tetapi perkara ini tidak diamalkan sendiri dalam PKR! Cakap tak serupa bikin!

    ReplyDelete
  6. PKR atau sinonimnya disebut Keadilan adalah parti politik anak beranak dan kroni ini, memang lembut lidah bak menanam tebu di mulut.

    ReplyDelete
  7. Jadi berhati-hati dengan pembangkang. Kerana mereka ini adalah parti yang tidak bebas bersuara.

    ReplyDelete
  8. Disaat mulut melaungkan memberi ruang kepada anak muda, anak muda juga yang dibelasah setengah mati di Stadium Kuala Selangor tempoh hari. Disaat laungan hak kebebasan bersuara, apa saja akan dilakukan untuk tutup kisah benar dari terungkap dan terselak.

    ReplyDelete
  9. Banyak contoh kalau nak disebut tapi, aku akan sebut beberapa insiden yang berlaku dalam waktu terdekat ini. Ingat lagi kes Latefa Koyak Rabak yang meroyan tengah padang saat anak-anak comel kita sedang menjalani latihan bola ?

    ReplyDelete
  10. Kes Belia Wawasan dibelasah menyuarakan protes kepada mereka saat Kit Siang malam berucap, masih tak korang ? Nalla diugut bunuh dan macam-macam lagi kerana kini Anwar cukup takutkan suara Nalla bergema di Mahkamah !

    ReplyDelete
  11. Hassan Ali dipecat kerana menyuarakan pendapatnya berdasarkan Islam tatkala menghalang Umat berhimpun demonstrasi menyokong si peliwat.

    ReplyDelete
  12. Demi nak selamatkan anak emas Anwar, Zuraida berlagak hero cuba coverline dengan memecat Ketua Penerangan PKR Ampang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembangkang seharus tidak diberi muka

      Delete
  13. pegawai Daerah perlu mainkan peranan mereka dgn baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengawai daerah harus siap sedia menjalankan tugasannya

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...