Friday, December 28, 2012

Indeks jenayah di Sabah menurun

Posted by Smookiekins On 12/28/2012 04:52:00 PM
Di sebalik ada segelintir pihak mempertikaikan keselamatan di Sabah, kadar indeks jenayah di negeri ini bagi tempoh Januari sehingga Disember, menunjukan sebaliknya.

Kenyataan mengenai penurunan indeks jenayah di Sabah:

  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata indeks jenayah di negeri ini pada tempoh berkenaan mencatatkan penurunan 9.84% berbanding tempoh masa yang sama tahun lalu. 
  • Sebanyak 5,910 kes dilaporkan dalam tempoh itu berbanding 6,529 kes pada tempoh sama tahun lalu. 609 kes berjaya dikurangkan.
  • Dari segi kadar penyelesaian kes, daripada 5,910 kes yang dilaporkan, sebanyak 2,801 kes diselesaikan.
  • 2011, indeks jenayah Sabah turun kepada 6,617 kes berbanding 7,680 pada 2010. Penurunan sebanyak 1,063 kes / 13.84%. 
  • Daripada keseluruhan kes tahun lalu, polis berjaya menurunkan jenayah kekerasan sebanyak 14.33%, manakala jenayah harta benda sebanyak 13.75%.
  • Kadar penyelesaian kes pada 2011 meningkat kepada 46.77% berbanding 41.58% pada 2010.
Polis Sabah mensasarkan untuk meningkatkan kadar jenayah untuk meningkatkan keamanan dan ketenteraman awam, terutama bagi menarik lebih ramai pelancong ke pelbagai destinasi pelancongan khususnya di pantai timur Sabah seperti Semporna.


Sumber Rujukan: Berita Harian


Written by Smookiekins
Reactions:

16 comments:

  1. teruskan lagi usaha dalam membanteras jenayah.

    ReplyDelete
  2. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, kelmarin menyambut baik usaha mengadakan Hari Kesedaran Jenayah yang bukan sahaja mampu meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap jenayah malahan juga menggalakkan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat untuk pencegahan jenayah secara menyeluruh di negeri ini.

    ReplyDelete
  3. Usaha murni dan pendekatan terancang oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) melibatkan masyarakat ini menjadi pemangkin kepada penurunan indeks jenayah Sabah apabila antara 1 Januari hingga 30 November 2012, mencatatkan penurunan sebanyak 8.73 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lepas.

    ReplyDelete
  4. Pihak kerajaan dan seluruh rakyat meletakkan harapan serta keyakinan tinggi terhadap profesionalisme, kecekapan PDRM dalam usaha mendekatkan diri dengan masyarakat yang sekali gus mampu meningkatkan lagi keyakinan kepada usaha pasukan menjaga keamanan.

    ReplyDelete
  5. Keamanan dan keselamatan yang wujud membolehkan kerajaan dapat menumpukan usaha memacu pembangunan bagi kepentingan rakyat dalam meningkatkan taraf sosio-ekonomi masing-masing. Namun demikian, rakyat perlu tahu tanggungjawab mencegah jenayah dan menjaga keselamatan tidak seharusnya diletakkan sepenuhnya kepada PDRM sahaja.

    ReplyDelete
  6. Setiap anggota masyarakat harus memainkan peranan masing-masing bagi memastikan persekitaran yang selamat.

    ReplyDelete
  7. Masyarakat perlu mempunyai kesedaran terhadap jenayah dengan mengetahui punca berlakunya jenayah dan kesan negatif perlakuan jenayah kepada masyarakat dan masa depan negara.

    ReplyDelete
  8. Tanggungjawab mencegah jenayah dan seterusnya memperkukuhkan keyakinan masyarakat terhadaptahap keselamatan, tidak hanya dibebankan kepada pihak polis tetapi masyarakat harus serius bersama-sama memainkan peranan penting.

    ReplyDelete
  9. Ucapkan terima kasih kepada polis2.

    ReplyDelete
  10. Cooperation is vital.

    ReplyDelete
  11. Ini menunjukkan bahawa mereka berusaha untuk memperbaiki kadar jenayah di sabah.

    ReplyDelete
  12. It has shown that the police are doing their best.

    ReplyDelete
  13. syabas!! teruskan usaha.

    ReplyDelete
  14. ini menunjukkan keadaan keselamatan di Sabah semakin positif

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...