Wednesday, November 28, 2012

Ekspo Kerjaya Sabah 2012 tawar 2,500 peluang kerja

Posted by Smookiekins On 11/28/2012 12:47:00 PM

Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri akan menganjurkan Ekspo Kerjaya, dengan penyertaan pelbagai sektor industri yang menawarkan lebih 2,500 peluang pekerjaan.

Ekspo Kerjaya itu akan diadakan selama dua hari di Suria Sabah di sini bermula 30 November ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Yee Moh Chai berkata lebih 40 gerai pameran boleh dikunjungi sepanjang tempoh itu yang beroperasi dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri berkata ekspo itu bertujuan menyebarkan maklumat tentang peluang pekerjaan kepada belia, pencari pekerjaan, ibu bapa dan orang awam selain memaklumkan tentang peranan kementerian itu dalam arena pembangunan insan dan teknologi komunikasi dan maklumat di Sabah.

Bercakap kepada pemberita di sini, Yee berkata antara aktiviti yang bakal diadakan sepanjang tempoh itu ialah pameran pekerjaan, temu duga terbuka, pendaftaran pencari pekerjaan, sesi khidmat nasihat, ceramah pekerjaan dan persembahan pentas.

Mengenai sambutan orang ramai terhadap Ekspo Pekerjaan yang diperkenalkan oleh kementerian sejak 2007, Beliau berkata sambutannya amat memberangsangkan.

Yee berkata banyak pihak meminta program itu diteruskan setiap tahun, dan ia ternyata memberi faedah atau manfaat kepada rakyat terutama golongan belia yang sedang mencari pekerjaan.


Sumber: New Sabah Times
Reactions:

3 comments:

  1. program itu yang akan diisi dengan pameran kerjaya dan temu duga terbuka untuk meningkatkan peluang mendapat kerja

    ReplyDelete
  2. program ini akan membuka ruang untuk perbincangan dan perkongsian maklumat berkaitan kerjaya oleh syarikat-syarikat dan agensi-agensi luar

    ReplyDelete
  3. gunakan peluang ini untuk dptkn pekerjaan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...