Tuesday, November 27, 2012

Geran Komunal lindungi kepentingan anak negeri Sabah

Posted by Smookiekins On 11/27/2012 01:05:00 PM
Pengeluaran Geran Komunal adalah melindungi kepentingan anak negeri Sabah di kawasan tanah kerajaan di sekitar perkampungan anak negeri.

Ketua Umno Bahagian Pensiangan Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin berkata, ia juga menyelesaikan isu tuntutan tanah hak adat negeri Sabah tanpa melalui siasatan tanah dan menyelesaikan isu pertindihan permohonan tanah dan pemberian milik tanah yang seimbang dan adil.

Apa yang amat penting katanya, adalah menghalang anak negeri Sabah daripada menjual hak milik dan kelulusan permohonan tanah.

Ghani yang juga Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) berkata, melalui penganugerahan geran komunal penduduk kampung di kawasan Pedalaman yang mendiami perkampungan mereka sejak dari nenek moyang akan diberi keutamaan.

“Mereka (penduduk) yang telah mendiami kampung yang mereka warisi dari nenek moyang layak diberi geran komunal,” kata Ghani selepas memantau jentera PRU 13 bagi peti undi Karamatoi, Bonor, Lumiri dan Rimbayan pada Jumaat lepas.

Ghani mengulas isu yang dibangkitkan oleh pihak tertentu yang memutar belitkan pemberian geran komunal akan menghakis tanah adat dan hak anak negeri.

Beliau berkata, pemberian geran komunal kepada penduduk telah dirancang dan dipersetujui oleh kerajaan negeri di bawah Seksyen 76 Ordinan Tanah Sabah dan syaratnya hanya anak negeri Sabah sahaja yang layak.

“Inilah cara kerajaan untuk memberi perhatian dan memastikan penduduk yang belum mempunyai tanah mendapat tanah,” jelasnya.

Justeru itu katanya, jangan terpedaya dengan tomahan-tomahan pihak pembangkang yang mengatakan Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak dapat membela nasib rakyat.

Katanya, cara kerajaan BN adalah memberi tanah melalui geran komunal kepada penduduk dan dibangunkan dengan tanaman komersial seperti sawit dan getah oleh agensi kerajaan seperti LKTNS dengan cara usahasama dengan pemilik.

“Tiada niat kerajaan mahupun agensi kerajaan seperti LKTNS merampas tanah penduduk tetapi sebaliknya membantu penduduk menerokai tanah secara komersial mengikuti perjanjian,” tegas Ghani.
Cara ini juga katanya, boleh menyelamatkan tanah yang dimiliki oleh penduduk daripada berpindah milik kepada orang lain.

Beliau berkata, tanah yang dimiliki oleh penduduk melalui sistem geran komunal hanya boleh diwarisi oleh anak-anak pemilik.

Turut hadir Naib Ketua Umno Bahagian Pensiangan Wahanin Ismail, Ketua Penerangan Umno Pensiangan Anthony Amin, Naib Ketua Pemuda Umno dan Pengarah Jentera Gerakan PRU 13 DUN Sook Mohd. Yusri Abdullah.


Sumber: New Sabah Times

Reactions:

3 comments:

  1. pengunaan Geran komunal memastikan tanah penduduk dilindungi.

    ReplyDelete
  2. PM menyokong konsep geran komunal hasil inisiatif kerajaan negeri Sabah, kerana ia memberi jaminan masa depan kepada masyarakat luar bandar

    ReplyDelete
  3. usaha itu akan membawa perubahan cukup bermakna dalam mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan atau kategori miskin tegar.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...