Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
menyangkal dakwaan pakatan pembangkang kononnya Dasar Kabotaj yang
diamalkan oleh kerajaan pusat memperlahankan dan menyekat pertumbuhan
ekonomi Sabah.
Sambil mempersoalkan logik di sebalik dakwaan
itu, Rosnah yang juga Anggota Parlimen Papar, Sabah berkata dasar yang
mengutamakan perkhidmatan perkapalan tempatan itu sebenarnya bertujuan
melindungi syarikat perkapalan tempatan dan secara langsung membawa
kebajikan kepada rakyat dalam jangka panjang.
Katanya sekiranya
dasar yang dilaksanakan sejak tahun 1980 itu dimansuhkan secara
keseluruhan seperti yang dijanjikan pakatan pembangkang, ia boleh
menimbulkan pelbagai masalah ekonomi.
“Tanpa Dasar Kabotaj, tiada
yang akan menghalang syarikat perkapalan asing daripada menguasai
perairan kita ataupun membentuk pasaran oligopoly atau sebuah kartel
yang akan menetapkan kadar harga perkhidmatan sesuka hati.
“Malah
saya juga bersetuju, sekiranya perkara sebegini berlaku sudah tentu
tidak baik untuk ekonomi negara secara keseluruhan,” katanya dalam
kenyataan di sini kelmarin.
Rosnah mengulas cadangan pakatan
pembangkang untuk menghapuskan dasar itu seperti yang dinyatakan pada
Konvensyen Politik Baru Sabah di Kota Kinabalu baru-baru ini.
Di
bawah Dasar Kabotaj yang dilaksanakan pada 1 Jan, 1980, pengangkutan
barang-barang dan penumpang dari mana-mana pelabuhan atau tempat di
Malaysia ke pelabuhan atau tempat lain di Malaysia, termasuk di dalam
kawasan zon ekonomi eksklusif hendaklah diangkut oleh kapal yang
berdaftar dengan Malaysia dan mempunyai Lesen Perkapalan Dalam Negeri
yang sah.
Rosnah berkata dasar itu yang diperkenalkan lebih 30
tahun lepas, baru-baru ini dipersalahkan oleh sektor industri dan
komersil ke atas kos tinggi barangan di negeri itu walaupun ia
sebahagiannya telah diliberalisasi oleh Kerajaan Pusat pada 2009.
Beliau
berkata pembangkang juga dilihat terlalu yakin penghapusan dasar itu
dan dengan adanya penghantaran terus, kos perkapalan dan harga barangan
akan menjadi lebih murah kerana tidak melibatkan kos pemindahan kapal
dari Pelabuhan Klang sedangkan mereka juga tidak pasti sama ada perkara
itu akan benar-benar berlaku.
Katannya kerajaan tidak pernah
menghalang kapal asing untuk terus membuat penghantaran ke Sabah,
Sarawak dan Labuan seperti yang didakwa pembangkang, sebaliknya
kapal-kapal asing berkenaan yang memilih untuk ke Pelabuhan Klang
disebabkan faktor ekonomi syarikat atau terlalu banyak barang yang
dihantar ke destinasi berbeza.
“Kenaikan harga barangan pengguna
berpunca dari pelbagai sebab, antaranya dari tindakan mengaut keuntungan
berlebihan sesetengah pihak, faktor geografi dalam negeri, jumlah
penduduk berbanding semenanjung, ketidakcekapan perkhidmatan pemunggahan
di pelabuhan, kos insurans marin, pengangkutan darat dan harga bunker
yang mengikut kadar harga bahan api,” katanya.
Sumber: New Sabah Times
Semoga isu dasar kabotaj akan mendapat penyelesaian yang baik, supaya tidak membebankan rakyat Sabah, Sarawak.
ReplyDeleteTapi bajet 2013 yang diumumkan oleh PM kita juga akan membantu mengurangkan jurang harga barangan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
ReplyDeleteappaun, kadar kabotaj kena dkaji semula.
ReplyDeleteIsu kabotaj menjadi isu utama pembangkang untuk menarik perhatian rakyat
ReplyDeleteDiharap masalah kabotaj dapat diselesaikan sebaik mungkin untuk rakyat
ReplyDeleteSekiranya dasar kabotaj dimansuhkan secara keseluruhan seperti yang dijanjikan oleh pihak pembangkang, pelbagai masalah ekonomi berkemungkinan besar akan timbul.
ReplyDeleteTanpa dasar kabotaj tiada yang akan menghalang syarikat perkapalan asing daripada menguasai perairan kita ataupun membentuk pasaran oligopoly atau sebuah kartel yang akan menetapkan kadar harga perkhidmatan sesuka hati mereka.
ReplyDelete