Friday, October 5, 2012

POLISI KAWAL HARGA BARANGAN

Posted by Smookiekins On 10/05/2012 01:17:00 PM

Kerajaan telah mengadakan pelbagai polisi dalam usaha mensejahterakan rakyat di negara ini termasuk polisi kawalan harga barangan yang telah memanfaatkan rakyat terutama di musim perayaan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata polisi kawalan harga pada beberapa barangan seminggu sebelum dan selepas sesuatu perayaan itu telah menjimatkan duit rakyat sehingga RM300 juta. “Itu musim perayaan, tetapi untuk musim bukan perayaan, juga tidak dilakukan banyak negara, kita kawal harga barang-barang penting.

“Contohnya minyak, sepatutnya kita tidak boleh kawal harga, Shell atau Esso, dia boleh (cadang) tetapkan harga tetapi kerajaan tentukan harga sebenar. Kalau dia naik (harga minyak), dia boleh didenda di bawah Akta Petroleum,” katanya semasa berucap di program mesra warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, kelmarin.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Rodzali Daud.

Muhyiddin berkata dalam sistem ekonomi terbuka atau bebas seperti yang digunakan banyak negara seperti Malaysia, kerajaan tidak boleh kawal harga kerana ianya akan ditentang oleh para peniaga, dan dianggap sebagai perkara yang tidak adil.

“Tetapi di Malaysia kita amalkan perkara ini bukan secara bersendirian tetapi dibincang dengan pihak industri, dibincang dengan pembekal dan tanya mereka, berapa harga yang boleh dikenakan, luar biasa dan aneh, tetapi berlaku di Malaysia,” katanya.

Oleh itu, Muhyiddin berharap rakyat tidak terpengaruh dengan agenda pembangkang yang mendakwa kerajaan tidak mengambil apa-apa langkah untuk mengawal harga barangan dan mengurangkan perbelanjaan kos harian rakyat.

Di Malaysia, kerajaan sudah lama mengambil langkah mengawal harga barangan apabila ada kenaikan tanpa rakyat menyedarinya, katanya.

Tambahnya, malah dalam Belanjawan 2013 yang dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Sept lepas, turut menyentuh isu kebajikan rakyat termasuk bayaran insentif khas RM200 sebulan kepada pegawai dan anggota ATM mulai Januari tahun depan.

Muhyiddin pada majlis itu turut berterima kasih kepada anggota ATM yang telah menjamin keselamatan dan keamanan negara terus kukuh dan stabil, yang secara tidak langsung membantu barisan pimpinan negara memberi tumpuan kepada agenda pembangunan dan kesejahteraan negara.

Beliau berkata berikutan dengan itu, Malaysia, walaupun masih boleh dianggap sebagai sebuah negara yang muda, mampu dibangunkan sebagai sebuah negara yang boleh dibanggakan.

Bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan terus kekal, para pegawai dan anggota keselamatan negara perlu diberikan latihan yang mencukupi dengan dibekalkan peralatan yang lengkap, canggih dan terkini bagi memastikan mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan, katanya.

“Maka itu gandingan kerjasama antara pihak awam dan pasukan keselamatan tak boleh kita perkecilkan, dan sebab itulah pada hari ini kita dapat menumpukan perhatian kita pada bidang-bidang untuk mensejahterakan rakyat kita,” katanya.

Sumber: New Sabah Times

5 comments:

  1. Harap tidak ada para perniaga yang menaikan harga sesuka hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peniaga yang sesuka hati menaikan harga perlu didenda

      Delete
  2. Pihak berkuasa perlu mengawal harga barang2 secara berterusan

    ReplyDelete
  3. Kawalan harga sangat penting lebih2 lagi bila tiba musim2 perayaan.

    ReplyDelete
  4. harga barangan patut lebih seragam di seluruh negara.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...