Kerajaan telah mengadakan pelbagai polisi dalam usaha mensejahterakan
rakyat di negara ini termasuk polisi kawalan harga barangan yang telah
memanfaatkan rakyat terutama di musim perayaan.
Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata polisi kawalan harga
pada beberapa barangan seminggu sebelum dan selepas sesuatu perayaan itu
telah menjimatkan duit rakyat sehingga RM300 juta. “Itu musim perayaan,
tetapi untuk musim bukan perayaan, juga tidak dilakukan banyak negara,
kita kawal harga barang-barang penting.
“Contohnya minyak,
sepatutnya kita tidak boleh kawal harga, Shell atau Esso, dia boleh
(cadang) tetapkan harga tetapi kerajaan tentukan harga sebenar. Kalau
dia naik (harga minyak), dia boleh didenda di bawah Akta Petroleum,”
katanya semasa berucap di program mesra warga Tentera Udara Diraja
Malaysia (TUDM) di sini, kelmarin.
Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Rodzali Daud.
Muhyiddin
berkata dalam sistem ekonomi terbuka atau bebas seperti yang digunakan
banyak negara seperti Malaysia, kerajaan tidak boleh kawal harga kerana
ianya akan ditentang oleh para peniaga, dan dianggap sebagai perkara
yang tidak adil.
“Tetapi di Malaysia kita amalkan perkara ini
bukan secara bersendirian tetapi dibincang dengan pihak industri,
dibincang dengan pembekal dan tanya mereka, berapa harga yang boleh
dikenakan, luar biasa dan aneh, tetapi berlaku di Malaysia,” katanya.
Oleh
itu, Muhyiddin berharap rakyat tidak terpengaruh dengan agenda
pembangkang yang mendakwa kerajaan tidak mengambil apa-apa langkah untuk
mengawal harga barangan dan mengurangkan perbelanjaan kos harian
rakyat.
Di Malaysia, kerajaan sudah lama mengambil langkah
mengawal harga barangan apabila ada kenaikan tanpa rakyat menyedarinya,
katanya.
Tambahnya, malah dalam Belanjawan 2013 yang dibentang
oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Sept lepas,
turut menyentuh isu kebajikan rakyat termasuk bayaran insentif khas
RM200 sebulan kepada pegawai dan anggota ATM mulai Januari tahun depan.
Muhyiddin
pada majlis itu turut berterima kasih kepada anggota ATM yang telah
menjamin keselamatan dan keamanan negara terus kukuh dan stabil, yang
secara tidak langsung membantu barisan pimpinan negara memberi tumpuan
kepada agenda pembangunan dan kesejahteraan negara.
Beliau berkata
berikutan dengan itu, Malaysia, walaupun masih boleh dianggap sebagai
sebuah negara yang muda, mampu dibangunkan sebagai sebuah negara yang
boleh dibanggakan.
Bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan
terus kekal, para pegawai dan anggota keselamatan negara perlu diberikan
latihan yang mencukupi dengan dibekalkan peralatan yang lengkap,
canggih dan terkini bagi memastikan mereka dapat menjalankan tugas
dengan lebih berkesan, katanya.
“Maka itu gandingan kerjasama
antara pihak awam dan pasukan keselamatan tak boleh kita perkecilkan,
dan sebab itulah pada hari ini kita dapat menumpukan perhatian kita pada
bidang-bidang untuk mensejahterakan rakyat kita,” katanya.
Sumber: New Sabah Times
Harap tidak ada para perniaga yang menaikan harga sesuka hati.
ReplyDeletePeniaga yang sesuka hati menaikan harga perlu didenda
DeletePihak berkuasa perlu mengawal harga barang2 secara berterusan
ReplyDeleteKawalan harga sangat penting lebih2 lagi bila tiba musim2 perayaan.
ReplyDeleteharga barangan patut lebih seragam di seluruh negara.
ReplyDelete