Perkhidmatan Klinik Bot Laut bagi kawasan Pulau Sebatik dan pulau di perairan Semporna bakal dilaksana tahun hadapan.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr. Mohd. Yusof Ibrahim berkata jabatannya akan menyediakan perkhidmatan tersebut bagi masyarakat yang tinggal di sekitar kawasan pulau mendapatkan rawatan kesihatan.
Menurutnya, kerajaan telahpun memberi kelulusan untuk melaksanakannya dan akan dilancarkan menjelang awal tahun hadapan.
“Penduduk yang tinggal di kawasan pulau-pulau akan mendapat manfaat dari perkhidmatan kesihatan ini kerana dapat memudahkan mereka mendapat rawatan kesihatan dengan dan mengurangkan kos perjalanan mereka,’’ katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Karnival Jelajah Sihat 2012 Bersama Komuniti Peringkat daerah di Padang Bandaran di sini kelmarin.
Dalam pada itu, sekurang-kurangnya sebuah lagi klinik 1Malaysia akan dibuka di daerah ini menjelang tahun hadapan.
“Pada masa ini terdapat sebuah Klinik 1 Malaysia di Bandar Baru Sri Indah, Jalan Apas, dan yang terbaru di Taman Semarak,’’ katanya.
Sementara itu Pembantu Menteri kewangan, Datuk Tawfiq Abu Bakar ketika melancarkan karnival itu turut mencadangkan agar sebuah klinik 1Malaysia di kawasan Titingan diwujudkan.
Menurutnya, kawasan berkenaan dikenali antara kawasan panas bagi tum- puan penyakit dan memerlukan klinik bagi usaha meningkatkan taraf kesihatan di perbandaran Tawau.
Mengenai karnival itu, Tawfiq yang juga wakil rakyat Apas berkata, ia bukan sahaja sekadar rekreasi dan kecergasan semata-mata, malah dapat melahirkan warga Tawau yang sihat dan cemerlang.
Pada majlis itu juga, Tawfiq menyertai lebih 1,000 orang berjalan sejauh 10,000 langkah bagi menyahut jelajah sihat dan pelbagai aktiviti telah diatur sepanjang karnival dua hari berkenaan.
Sumber: New Sabah Times
Klinik bot laut sangat bagus. Usaha kerajaan tu lebih menguntungkan rakyat.
ReplyDeletediharap program klinik bot laut dapat memberi manfaat kepada rakyat persisiran pantai
ReplyDeleteBaguslah kalau kerajaan sudah ada kaedah yang baik untuk menyelesaikan masalah kekurangan kemudahan perubatan tersebut.
ReplyDeleteSemoga dengan perlaksanaan ini akan dapat menyelesaikan masalah yang berlaku. Kerajaan sentiasa mencari jalan yang terbaik memastikan dapat membantu penduduk yang memerlukan.
ReplyDeleteini memudahkan penduduk mendapatkan rawatan.
ReplyDelete