Penjawat Awan Kerajaan Negeri Sabah dijangka akan menikmati bonus seperti yang dinikmati oleh penjawat awam Persekutuan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2013 pada Jumaat.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman berkata, kerajaan bersedia mempertimbangkan perkara itu dan akan mengadakan perbincangan dengan pegawai berkaitan bagi menyediakan belanjawan berkenaan.
“Ia masih dalam perancangan dan akan dibincang kepada pegawai Kewangan Kementerian terlebih dahulu sebelum dimasukkan dalam Bajet 2013.”
“Jumlahnya akan saya umumkan pada pembentangan Bajet 2013,” katanya kepada media selepas menyempurnakan majlis pecah tanah Pekan Melalap di perkarangan Mini Dewan Datuk OKKSanggau dekat sini kelmarin.
Mengulas bajet Kerajaan Persekutuan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Musa berkata, Kerajaan Negeri menyambut baik dan menyokong bajet yang disifatkan untuk bajet rakyat kepada rakyat.
“Seluruh rakyat mendapat keselesaan serta nikmat hasil daripada satu perancangan bajet yang begitu baik, teratur dan sempurna yang merentasi seluruh lapisan rakyat di seluruh negara, termasuklah negeri Sabah.”
Musa yang juga Menteri Kewangan berkata, antara yang paling menarik adalah pelarasan harga barangan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Mengenai pengwujudan Pekan Melalap Ketua Menteri berkata, ia mempunyai pengertian yang amat bermakna kepada rakyat di sekitar Mukim Melalap kerana ia bukan sahaja menghidupkan nostalgia kegemilangan pekan itu sekitar tahun 1960an malah ia juga sebagai bukti bahawa janji kerajaan ditepati.
Beliau berkata, usaha mengwujudkan pekan ini walau pun telah mengambil masa yang agak lama untuk dilaksanakan namun atas komitmen dan kerjasama yang mantap semua pemimpin Barisan Nasional (BN) di sini telah menghasilkan suatu kejayaan yang membanggakan demi faedah rakyat.
“Kita bersyukur kerana memiliki kerajaan BN yang prihatin kepada masalah rakyat dan sebaliknya rakyat harus memberi sokongan padu kepada BN untuk terus berkuasa.
“Ibarat pantun seloka yang berbunyi ada ubi ada batas, ada budi patutlah dibalas,” katanya.
Ketua Menteri itu turut menyifatkan kepimpinan wakil rakyat DUNMelalap Datuk Radin Malleh telah menjalankan tugas dan tanggungjawabnya kepada rakyat dengan baik malahan Radin juga disifatkanya telah menunaikan janji-janjinya kepada rakyat.
Beliau juga memuji kerjasama yang ditujukkan oleh Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi dan Adun Kemabong Datuk Rubin Balang yang sama-sama menyokong pengwujudan Pekan Melalap.
“Dengan wujudnya pekan itu, rakyat sekitar Mukim Melalap mendapat menfaat daripada lonjakkan ekonomi setempat kerana pekan itu kelak turut menempatkan pejabat daripada pelbagai agensi kerajaan, sekolah menengah dan lain-lain kemudahan rekreasi,” jelas Musa.
Selain itu, Ketua Menteri itu turut berterima kasih kepada pengurusan Sime Darby kerana telah meluluskan permintaan Kerajaan Negeri meskipun pemberian kelulusan tanah secara berfasa namun pihak kerajaan juga bersetuju cara sedemikian dimana kerajaan pula akan melaksanakan pembangunannya secara berperingkat-peringkat.
Sumber: New Sabah Times
Semoga belanjawan Sabah akan lebih bersifat rakyat diutamakan.
ReplyDeletePasti rakyat Sabah tertunggu-tunggu belanjawan Sabah yang akan diumumkan.
ReplyDeleteKita tunggu saja apa yang menarik dengan belanjawan Sabah yang akan diumumkan pada akan datang.
ReplyDeleteRamai yang mengharapkan berita yang baik pada pembentangan belanjawan Sabah ini.
ReplyDeletemoga dalam belanjawan Sabah, byk manfaat dan pembangunan rakyat akan diberikan.
ReplyDelete