Monday, October 15, 2012

K'jaan Pusat ada rancangan besar untuk Sabah: Najib

Posted by Smookiekins On 10/15/2012 03:31:00 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan pusat mempunyai rancangan besar untuk rakyat Sabah.

Sehubungan itu beliau meminta rakyat di negeri ini supaya terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Teruskan usaha kita, sokonglah kerajaan BN kerana kita mempunyai rancangan yang besar untuk rakyat Sabah dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

“Seandainya kita mendapat mandat dan sokongan padu, kita akan berusaha lebih gigih lagi. Saya dan Musa (Ketua Menteri Datuk Seri Musa Hj. Aman) dan rakan-rakan dalam kerajaan BN di Sabah, kami semua akan bekerja lebih kuat lagi untuk memajukan lagi negeri Sabah yang begitu besar potensinya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan ringkas sempena program tinjauan mesra di Pekan Kundasang, di sini, kelmarin.

Turut mengiringi ialah Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman; Timbalan Ketua Menteri; Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karanaan, Datuk Masidi Manjun; Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr. Ewon Ebin; Ahli Parlimen Ranau, Datuk Siringan Gubat dan Adun Kundasang, Datuk Joachim Gunsalam.

Mengenai tinjauan itu, Najib yang juga Pengerusi BN berkata, beliau amat gembira melihat sambutan dan sokongan padu yang ditunjukkan penduduk Kundasang.
“Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua penduduk Kundasang yang datang menyambut ketibaan saya. Saya berasa senang hati kerana saya dapat bersalaman dan beramah mesra dengan penduduk kampung di sini.

“Saya melihat kawasan Kundasang ini memang Tuhan kurniakan alam semulajadi yang kita boleh manfaatkan.Tanam apa jenis tanaman terutama jenis tanaman makanan semua menjadi dan memberi kita pendapatan yang begitu baik sekali.

“Kalau kita berusaha dengan rajin, Insya-Allah, kita dapat rezeki yang baik,” katanya.

Pada tinjauan itu, Najib turut melawat gerai-gerai pameran yang mempamerkan pelbagai jenis sayuran tanah tinggi di Kundasang dan makanan trandisional masyarakat Dusun.

Sebelum itu, beliau melepaskan peserta kejohanan mendaki Gunung Kinabalu (Siri Mencabar) di Timpohon Gate, Taman Kinabalu, dekat sini.


Sumber: New Sabah Times

4 comments:

  1. RM2.98 billion will be allocate by Federal Government next year to carry out various development projects in Sabah.

    ReplyDelete
  2. Among the projects were for boosting electricity supply (RM400 million), clean water supply (RM150 million) and building roads to connect rural areas (RM31.3 million).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan perlu melengkapi kawasan2 Sabah dengan infrastruktur yang baik

      Delete
  3. Diharap rancangan besar PM di Sabah dapat dilaksanakan dengan jayanya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...