Thursday, October 4, 2012

Kontraktor digesa sentiasa bekerjasama laksana projek elak terbengkalai

Posted by Smookiekins On 10/04/2012 01:00:00 PM

Golongan kontraktor di Sabah diseru supaya sentiasa bekerjasama dengan rakan kongsi dalam soal pelaksanaan projek bagi mengelakkan projek gagal atau terbengkalai.

Pengerusi Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Cawangan Sabah, Awadnir @ Mohd Arrudin Matanggal berkata, selain dapat menambah pengalaman dalam bidang kontraktor, kerjasama yang terjalin di antara kontraktor apatah lagi yang baru berjinak-jinak di dalam bidang baik terutamanya apabila rakan kongsi mereka mempunyai lebih banyak pengalaman.

Peruntukan yang diperolehi sama ada melalui kerajaan atau Badan Bukan Kerajaan (NGO) diharap supaya sentiasa dapat disiapkan mengikut jadual dan mengelakkan diri daripada meng’Ali Baba’kan sesuatu projek.

Selain itu, beliau turut berharap supaya para kontraktor sentiasa mempelbagaikan bidang kemahiran bukan sahaja dalam bidang pembinaan tetapi dalam sektor-sektor lain.

“Mereka (kontraktor) juga perlu menunjukkan rasa syukur dan terima kasih kepada kerajaan dengan menyokong perjuangan kerajaan,” sambung beliau.

PKMM diwujudkan untuk membangunkan masyarakat ke arah menjadikan warga kontraktor yang berdaya maju, berinovasi, kreatif dan tahan daya saing untuk mendokong cita-cita negara, di samping menyumbang kepada kekukuhan ekonomi bangsa.

PKMM atau ‘Malay Contractor Assosiation Of Malaysia’ merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan mengikut Akta Pertubuhan 1966, pertama kali didaftarkan pada 11 Mac 1975 dikenali dengan nama Persatuan Pemborong-Pemborong Binaan Bumiputera Malaysia dan telah ditukarkan ke Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia.pada Julai 1995. Di Sabah, PKMM mula bertapak sejak lebih kurang 15 tahun lalu.

Katanya, setakat ini jumlah kasar kontraktor yang mempunyai Lesen F adalah kira-kira 2,800 manakala lebih kurang 200 memiliki lesen Kelas A.

Ditanya jika akan wujud persaingan melibatkan PKMM dan Pukonsa dalam soal pengagihan projek atau pembidaan tender, kemungkinan itu ditolak oleh Awadnir.

Dalam pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, Awadnir berharap supaya dengan peruntukan yang ada kerajaan dapat memperuntukkan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada projek besar yang diperolehi oleh ‘Main Contractor’ kepada para kontraktor kelas F dan meminta supaya para kontraktor kelas F sentiasa diberi peluang dalam kerja-kerja sebagai sub-kontraktor dalam mana-mana skop kerja yang diperuntukkan untuk ‘Main Contractor’ tersebut.

“Selain itu, saya berharap agar mereka (Main Contractor) juga berlaku adil dengan memberi projek-projek kecil kepada pemegang Lesen F kelak,” tambahnya.

“PKMM Sabah mohon, biarlah para kontraktor pemegang kelas E, D dan C juga diberi peluang untuk cabutan undi, manakala untuk Kelas B & A pula, kerajaan akan memperbanyakkan Tender Terhad, bagi memberi peluang kepada kaum bumiputera.

Beliau mengakui bahawa kerajaan sudah pun melaksanakan perkara itu, cuma hanya perlu menambah jumlahnya sahaja bagi memberi banyak ruang kepada kontraktor bumiputera.

Sumber: New Sabah Times

4 comments:

  1. Tanpa kerjasama dari kedua2 belah pihak yang menjadi rakan kongsi, pastinya sesuatu projek tidak akan berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu sudah semestinya. Terbangkalai cuma akan merugikan duit peruntukan yang diberikan.

      Delete
  2. Konntraktor harus sentiasa amanah dan bertanggungjawab dalam melaksankan tugasan

    ReplyDelete
  3. Setiap projek harus dipastikan siap pada masanya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...