Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengarahkan semua agensi di bawah kementeriannya untuk memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang ditubuhkan khusus untuk menyiasat masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah.
Hishammuddin berkata pihaknya tidak mahu mengecewakan harapan penduduk Sabah yang mahu melihat satu penyelesaian terbaik dilakukan bagi menangani isu berkenaan yang tidak berkesudahan.
“Kita akan memastikan matlamat pembentukan RCI ini akan menjadi satu kenyataan dan detik sejarah Sabah. Ini adalah perkara yang amat dekat dengan hati rakyat Sabah sendiri.
“Daripada segi jangka masa penyiasatan, kita tahu agensi-agensi Kementerian Dalam Negeri akan dipanggil, maka terserah kepadaRCI. Kita akan buat apa yang patut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima darjah kebesaran negeri Sabah, di Istana Negeri di sini kelmarin.
Turut menerima darjah kebesaran itu ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman.
Kesemua mereka menerima Anugerah SPDK itu membawa gelaran Datuk Seri Panglima yang disampaikan oleh Yang Dipertuan Negeri Tun Haji Juhar Mahiruddin.
Pada 21 Sept lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan watikah pelantikan kepada pengerusi dan anggota jawatankuasa RCI di Putrajaya.
Suruhanjaya tersebut dianggotai, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, Setiausaha RCI iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Saripuddin Kasim, bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Prof Datuk Dr Kamaruzzaman Ampon, bekas Peguam Besar Negeri Sabah, Tan Sri Herman Luping, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk K.Y Mustafa dan Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia yang juga bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Henry Chin Poy Wu.
Sehubungan itu, Hishammuddin meminta orang ramai termasuk parti pembangkang supaya tidak mempolitikkan usaha tersebut kerana ia akan hanya merosakkan niat ikhlas kerajaan untuk menangani ‘sesuatu yang diwarisi dan bukannya wujud sekelip mata di Sabah’.
Sumber: New Sabah Times
Kerjasama antara semua sememangnya perlu untuk memastikan RCI ini berjaya sepenuhnya untuk menangnai Projek IC di Sabah ini.
ReplyDeleteThe survey also found that Sabah voters had mixed views as to the motivation behind the establishment of the commission, with 46 per cent expressing that it is a genuine attempt to address the illegal immigrant problem while 36% saying that it was a political move to reduce the anger of Sabahans before the election
ReplyDeleteThe need for the initiative has been consistently raised by Sabah-based BN parties, and often used by the opposition to undermine government efforts at addressing illegal immigrant issues and gaining popular support.
ReplyDeleteRCI perlu bagi banteras APTI, kita semua harus beri sokongan kepada RCI.
ReplyDelete