Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengarahkan semua agensi di bawah kementeriannya untuk memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang ditubuhkan khusus untuk menyiasat masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah.
Hishammuddin berkata pihaknya tidak mahu mengecewakan harapan penduduk Sabah yang mahu melihat satu penyelesaian terbaik dilakukan bagi menangani isu berkenaan yang tidak berkesudahan.
“Kita akan memastikan matlamat pembentukan RCI ini akan menjadi satu kenyataan dan detik sejarah Sabah. Ini adalah perkara yang amat dekat dengan hati rakyat Sabah sendiri.





