Tuesday, July 24, 2012

Kekalkan perpaduan sesama rakyat

Posted by Smookiekins On 7/24/2012 08:49:00 AM
Masyarakat setempat diseru untuk terus menjaga perpaduan dan permuafakatan agar keharmonian dalam kalangan rakyat terus terpelihara. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian, Datuk Herbert Timbun Lagadan berkata, amalan menjaga perpaduan dan menjadikan persefahaman yang terjalin sejak merdeka perlu dijadikan satu budaya hidup agar pembangunan negara dapat di laksanakan dengan lebih baik pada masa akan datang.

 Amalkan perpaduan & persefahaman

“Perpaduan dan keamanan yang dibina di atas semangat persefahaman dan penerimaan antara kaum merupakan sebab utama negara kita terus berkembang maju,” ujar Herbert.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Gotong-Royong Membersihkan Kawasan Tanah Perkuburan anjuran Wakap Sidang Injil Borneo (SIB), di Kampung Nahaba dekat sini, baru-baru ini. Katanya, budaya bergotong-royong bukan sahaja dapat mengekalkan perpaduan tetapi juga dapat memudahkan sesuatu pekerjaan dalam sesebuah komuniti.

“Semangat gotong-royong seumpama itu perlu disuburkan kerana selain dapat merapatkan hubungan antara penduduk, seterusnya meringankan beban mereka yang tidak berupaya terutamanya warga emas".

Katanya, amalan berkenaan merupakan satu tradisi mulia yang perlu dikekalkan, justeru sebagai rakyat di negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, rakyat perlu mengekalkan amalan murni itu supaya satu masyarakat yang bersatu-padu mampu dihasilkan dengan mudah.

“Perpaduan yang selama ini wujud juga sebenarnya banyak bergantung kepada kekerapan aktiviti bergotong-royong ini dilakukan,” tambah beliau.

Selain itu, Herbert juga mahu para pemimpin termasuk di peringkat akar umbi agar dapat mewujudkan interaksi sosial yang baik dengan rakyat atau penduduk setempat bagi mewujudkan pemahaman dan kerjasama yang baik. Dalam pada itu, Pengerusi Wakap SIB Kampung Nahaba, Masol Timbun merakamkan penghargaan beliau terutamanya kepada Herbert kerana sudi ‘turun padang’ dan seterusnya kepada semua penduduk yang hadir menjayakan program berkenaan. Beliau berharap usaha sedemikian dapat diteruskan pada masa akan datang.

“Program ini pastinya dapat meningkatkan kemesraan dalam hubungan silaturahim antara penduduk dengan pemimpin masyarakat di DUN Kadamaian,” katanya.

Gotong-royong tersebut bertujuan memupuk semangat perpaduan dan permuafakatan, mengeratkan silatulrahim dan semangat kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat terutamanya yang beragama SIB di kampung tersebut. Pada penghujung program itu, Herbert juga menyampaikan sumbangan khas beliau kepada gereja berkenaan, iaitu kerusi dan meja tulis dan RM5 Ribu untuk keperluan Tadika Aman Bahagia, Kampung Nahaba dan turut memberi perhatian sepenuhnya ke atas usaha pembesaran Rumah Wakap SIB Kampung itu.

Turut hadir Wakil Ketua Anak Negeri, WKAN Royaman Laus, Ketua Kampung KK Johnny Sulukan dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK), Suni Geperei.

Sumber: New Sabah Times

7 comments:

  1. perpaduan dan persepakatan harus kita kekalkan, ia membawa keharmonian.

    ReplyDelete
  2. Di kampung2 amalan gotong-royong, kerjasama memang masih kuat di kalangan penduduknya tapi amat menyedihkan kebanyakan penduduk di bandar sudah kurang semangat gotong royong, kerjasama tu. ramai yang lebih kepada sikap individualistik.

    ReplyDelete
  3. Diharapkan Masyarakat tempatan akan sentiasa menjaga perpaduan supaya boleh hidup harmoni antara rakyat yang berlainan kaum dan agama.

    ReplyDelete
  4. Nasib baik di Sabah, kita mengamalkan perpaduan seperti Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oelhe Datuk Seri Najib Razak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Konsep 1M'sia parti tidak sukar di Sabah

      Delete
  5. Betul...PAstikan perpaduan itu akan terus dijaga . Jangan terpedaya dengan pihak yang cuba memusnahkan perpaduan kita.

    ReplyDelete
  6. Kita sebagai rakyat Sabah harus kukuhkan lagi perpaduan kita.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...