Tuesday, July 24, 2012

Cadangan wujudkan perkhidmatan 'baby hatch' di Sabah

Posted by Smookiekins On 7/24/2012 08:58:00 AM
Sabah bercadang melaksanakan perkhidmatan dikenali sebagai ‘baby hatch’ atau pusat perlindungan bayi dalam usaha mengurangkan perbuatan membuang bayi di negeri ini. Ketua Jabatan Obstektrik dan Ginekologi, Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah Dr Soon Ruey berkata sebagai permulaan, perkhidmatan itu akan diwujudkan di hospital berkenaan dan Hospital Queen Elizabeth 1, sebelum diperluas ke daerah lain di negeri ini.

 Cadangan dalam usaha mengurangkan kadar pembuangan bayi di Sabah

“Walaupun kejadian pembuangan bayi di Sabah tidak tinggi, namun kami rasa perkhidmatan ini penting, sekali pun kami hanya dapat menyelamatkan satu atau dua nyawa,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran satu kempen kesedaran wanita anjuran Wanita MCA Sabah yang dirasmikan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin di sini, kelmarin.

Soon Ruey berkata perkhidmatan itu dirancang mula diwujudkan akhir tahun ini dan ibu bapa yang ingin meninggalkan bayi mereka di tempat berkenaan, boleh berbuat demikian dengan hanya meletakkannya di dalam satu bekas yang mempunyai inkubator dan menekan satu butang, yang akan segera menarik perhatian petugas hospital.

Katanya hospital berkenaan akan memantau kesihatan bayi terbabit dan merujuknya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk urusan pengambilan anak angz kat.

Sementara itu, Rosnah mengumumkan Kementerian Kesihatan memilih Sabah menjadi tuan rumah satu kempen kesedaran kesihatan sempena program ‘Janji Ditepati’.

Katanya kempen selama seminggu itu dijadual berlangsung pada September untuk memupuk kesedaran orang ramai tentang pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat.

“Bagaimanapun, venue kempen ini belum diputuskan kerajaan negeri,” katanya.

Sumber: New Sabah Times
Reactions:

8 comments:

  1. mgkin ia dpt elakkan bayi dibuang merata-rata.

    ReplyDelete
  2. kesian orang lain berusaha untuk mendapatkan cahaya mata tapi ada pula mereka yang sanggup untuk membuang bayi.

    ReplyDelete
  3. semoga perkhidmatan 'baby-hatch' ni akan mencapai objektifnya.

    ReplyDelete
  4. Cadangan yang baik untuk mewujudkan perkhidmatan Baby Hatch di Sabah. Diharapkan dengan adanya Baby Hatch ini, kita boleh mengurangkan kes pembaungan bayi.

    ReplyDelete
  5. Perkhidmatan Baby Hatch yang dimulakan di Semenanjung merupakan satu inisiatif yang agak baik. Tidak salah kita memperkenalkannya di Sabah.

    ReplyDelete
  6. Cadangan seperti ini sangat baik sebenarnya. Harap akan dilaksanakan sebaiknya perkara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadar pembuangan bayi rendah di Sabah, mungkin boleh mengurangkan lagi kadar tu.

      Delete
  7. Baby hatch bagus untuk mengurangkan kadar pembuangan bayi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...