Friday, June 22, 2012

Alam Sekitar: DBKK berjaya isytihar 58 kawasan tanpa sampah

Posted by Smookiekins On 6/22/2012 10:55:00 AM

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sehingga kini berjaya mengisytiharkan 58 kawasan tanpa sampah termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Unggun Menggatal. Mayor Bandaraya Datuk Abidin Madingkir berkata, daripada jumlah itu 31 kawasan adalah sekolah. Beliau berkata, pengwujudan Kawasan Tanpa Sampah merupakan salah satu pendekatan dalam Kempen Anti Kutu Sampah bertujuan memastikan penduduk kawasan bandaraya hidup dalam suasana yang bersih, indah, selamat, teratur dan sejahtera.


Kempen Anti Kutu Sampah


“Tahun ini DBKK menjadikan Pekan Menggatal sebagai pilihan utama dalam melaksanakan Kempen Anti Kutu Sampah 5K selari dengan hasrat untuk menjadikan pekan itu Pekan Menggatal 5K. “Salah satu strategi pelaksanaan ke arah itu ialah mengiktiraf tujuh buah Sekolah Tanpa Sampah termasuk Tadika Lok Yuk Menggatal, SJK © Lok Yuk Menggatal, SK Darau Menggatal, SK Rampayan, SJK© Good Shepherd Menggatal dan Pra Sekolah Good Shepherd,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pengiktirafan Sekolah Tanpa Sampah SK Unggun Menggatal dan penyertaan Kempen Pengurangan Penggunaan Beg Plastik, di sekolah itu, di sini, kelmarin.
Teks ucapannya disampaikan oleh Ketua Pengarah DBKK Datuk Yeo Boon Hai.

Turut hadir Penolong Kanan Ko-kurikulum sekolah itu Hasmah Ahmad, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Unggun Menggatal merangkap Pemimpin Kemajuan Rakyat Karambunai Manja Awang Bahar, Pengarah Jabatan Pengurusan Sub Urban, DBKK Ajak Awang, pegawai DBKK dan warga sekolah. Abidin berkata, kawasan tanpa sampah menekankan konsep tiada lagi sampah dibuang di merata-rata tempat melainkan kedalam tong-tong sampah.

“Ini bermakna, semua murid tidak lagi membuang sampah di merata-rata tempat, di mana sahaja mereka berada. Mereka juga dikehendaki bercakap tentang amalan membuang sampah di tempat yang betul, walau di mana sahaja mereka berada. Amalan “buang sampah dahulu, kemudian dikutip” hendaklah dikikis sama sekali,” katanya.

Beliau berkata, selain pengwujudan kawasan-kawasan tanpa sampah, DBKK juga telah melaksanakan kempen pengurangan penggunaan beg plastik, khasnya di pasaraya dan pusat membeli belah.

“Kempen ini pada awalnya dimulakan dengan hanya memfokuskan setiap hari Isnin. Namun, dengan kerjasama pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan DBKK serta EAC, kempen ini kini berjalan selama tiga hari, iaitu pada hari Sabtu, Ahad dan Isnin,” katanya.

Abidin berkata, setakat ini sebanyak 251 premis menyertai Kempen Pengurangan Penggunaan Beg Plastik dan daripada jumlah itu 24 premis adalah sekolah.

“Dengan penyertaan SK Unggun Menggatal pada hari ini, maka penyertaan telah bertambah kepada 25 buah sekolah dan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 252 premis,” katanya.

Beliau berterima kasih kepada pihak pengurusan SK Unggun kerana memberikan kerjasama dan sokongan padu terhadap kempen DBKK.

“Tanpa sokongan dan kerjasama semua pihak, usaha memupuk sikap bertanggungjawab dan berdisiplin dalam setiap diri pelajar, khususnya mengenai Kempen Anti Kutu Sampah dan Pengurangan Beg Plastik, sudah pasti kempen ini tidak berjaya,” katanya.

Sumber: New Sabah Times
Reactions:

7 comments:

  1. Diharap pengisytiharan ini akan dikuatkuasakan degan ketat. jangan mula2 saja semangat tu ada tapi lama kelamaan pudar pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diharap kawasan tu akan kekal kawasan tanpa sampah

      Delete
  2. saya harap semua PBT di negeri ini dapat mencontohi DBKK dengan melaksanakan pelbagai initiatif seperti yang sedang dilakukan oleh DBKK sejak kebelakangan ini..

    City Hall spending RM1 million for tree planting

    ReplyDelete
  3. Congratulations to the 58 areas that are now declared as a litter-free Zone, including the 31 schools that was involved. Keep up the good work.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Hopefully more people will give cooperation to make Sabah a litter-free state. I know we can do it with the cooperation and support from all.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Katakan tidak kepada kutu Sampah. Kerjasama semua amatlah diperlukan bagi memastikan kawasan kita akan sentiasa dalam keadaan yang bersih tanpa sampah.

    ReplyDelete
  6. Sokong program 'saya anti kutu sampah'

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...