Pencapaian pelajar Sabah dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 meningkat dari tahun lepas.
Pengarah
Pelajaran Negeri Sabah, Datuk Dr. Haji Muhiddin Yusin, berkata untuk
tahun ini seramai 1,035 pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran di
seluruh Sabah berbanding 1,018 pada 2011.
Muhiddin membuat
pengumuman Keputusan UPSR 2012 Peringkat Negeri itu di Sekolah
Kebangsaan Pekan Keningau II untuk pertama kalinya dianjurkan yang
menggabungkan empat buah daerah iaitu Tambunan, Keningau, Nabawan dan
Tenom.
Menurut beliau prestasi pencapaian keseluruhan dalam semua
mata pelajaran bagi tahun 2012 meningkat kepada 8.66 peratus dari 6.91
peratus pada tahun 2011.
Katanya, terdapat sedikit penurunan
daripada pencapaian penguasaan A, B, dan C bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
(SJKC).
”Namun begitu, seramai 1035 calon berjaya mencatat
pencapaian penguasaan A bagi semua mata pelajaran yang diambil meningkat
secara keseluruhannya berbanding 1018 calon pada tahun 2011,” katanya.
Beliau
berkata pencapaian UPSR bagi daerah di pedalaman Tambunan mencapai
peratusan tertinggi dengan pencapaian 55.84 peratus pada tahun ini
berbanding dengan 51.41 peratus pada 2011 diikuti dengan Keningau iaitu
53.99 peratus bagi tahun 2012 berbanding 47.73 pada tahun lepas.












.jpg)






