Tuesday, March 19, 2013

Mongungkias do Rinda : Upacara sekali dalam 10 tahun

Posted by Smookiekins On 3/19/2013 11:22:00 AM
Sekumpulan Tantagas atau pakar ritual dari masyarakat Suang Lotud Tuaran baru-baru ini telah melakukan  upacara yang jarang-jarang dilakukan. Hanya sekali dalam tempoh 10 tahun.

Upacara ini dikenali sebagai "Mongungkias do Rinda". Tujuannya adalah untuk menghapuskan haiwan perosak seperti tikus dan burung daripada memusnahkan tumbuh-tumbuhan serta menenangkan penjaga perosak ini.

Dalam upacara ini, mantera digunakan. Di kalangan orang Suang Lotud, mantera tersebut dikenali sebagai "Rinait" dan digunakan oleh Tantagas (pakar ritual) itu.

Empat zon di daerah-daerah yang terlibat di dalam upacara ini, iaitu Bantayan, Telibong, Marabahai dan Selupoh.

Penduduk kampung dari setiap zon membawa rumput untuk melambangkan Rinda (perosak) yang kemudian dimasukkan ke dalam kapal kecil yang diletakkan di atas Rakit atau buluh yang boleh terapung.

Upacara itu bermula di dewan masyarakat sebelum menuju ke tebing sungai dan rakit ditinggalkan supaya hanyut ke tempat jauh.


Upacara " Mongungkias do Rinda" sangat jarang sekali disaksikan selain daripada acara-acara besar seperti "Mamahui Pogun" atau dalam bahasa Melayunya Upacara Pembersihan Kediaman.

Sabah penuh dengan keunikan budaya
 
By: Bah Sabah Bah

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...