Daerah Nabawan bakal menjadi pengeluar lada hitam jika tanaman yang
diperkenalkan oleh Lembaga Lada Malaysia (MPB) menjadi kenyataan pada
suatu hari nanti.
Pembantu Menteri Pertanian dan Industri
Makanan Sabah, Datuk Bobbey A Suan, berkata tanaman yang diperkenalkan
di daerah ini mampu menjana pendapatan lumayan kepada bakal pengusaha
tanaman lada hitam di daerah ini.
Katanya, penanaman lada hitam
yang diperkenalkan di daerah ini dan Negeri Sabah amnya satu lagi
langkah kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mengeluarkan rakyat dari
belenggu kemiskinan khususnya bagi mereka yang berminat menjadi usahawan
lada hitam.
“Ini merupakan projek pertanian yang baru, tidak
seperti lada atau cili biasa ditanam dan diusahakan petani kerana jangka
hayat tanaman lada hitam adalah lama iaitu sehingga 20 tahun dan
pendapatan mencapai puluhan dan ratusan ribu, oleh itu rakyat digalakkan
untuk mencuba dan menanamnya,” katanya pada majlis taklimat penanaman
lada hitam di Dewan Belia KBSS di sini pada Jumaat.
Kira-kira 100
peserta terdiri dari golongan belia dan orang awam menyertai taklimat
tersebut yang dikendalikan dua orang pegawai MPB iaitu Spencer Sandai
dan Elvis Madun yang menyampaikan ceramah bertajuk kaedah penanaman lada
hitam dan insentif dari lembaga lada Malaysia kepada pengusaha tanaman
berkenaan.
Bobbey turut menyarankan agar penduduk di daerah ini mengamibl kesempatan ini untuk mencuba tanaman baru ini.
Katanya,
adalah lebih baik mengusahakan tanaman yang boleh membawa pulangan yang
baik kepada keluarga daripada membiarkan tanah kosong.
“Pelbagaikanlah
jenis tanaman bagi menjana pendapatan bukan sahaja untuk menyara
kehidupan keluarga tetapi ke arah berpendapatan tinggi menjelang wawasan
2020,” katanya.
Hadir sama Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Jubilin
Kilan, Ketua Exco Komulakan Upko Ewon Benedick dan pemimpin-pemimpin
masyarakat.
Sumber: New Sabah Times
penduduk Nabawa harus bergiat dalam penanaman lada hitam.
ReplyDeletekalau tanam lada biasa, jangka hayat tidak akan sampai setahun pun.
ReplyDeleteLada hitam mungkin lebih tahan lama
Deleteharap kawasan di daerah lain yang tanahnya sesuai untuk penanaman lada hitam akan cuba untuk bergiat dalam bidang ni.
ReplyDeleteLumayan yang mengusahakan ladang lada hitam
ReplyDeleteMereka yang berpeluang berkecimpung dalam penanaman lada hitam sepatutnya rasa bersyukur kerana usaha tersebut sangat menguntungkan dan berpotensi merobah taraf kehidupan dari belenggu kemiskinan. Sisiapa yang berbudi kepada tanah pasti mendapat ganjaran yang lumayan daripada keringat yang tercurah. 'man have to toil the land to earn their living' demikian ungkapan daripada kitab cuci. Itu pun kalau hati dan minda manusia terbuka untuk menerimanya.Walau apa pun itulah kenyataannya.
ReplyDeleteSaudara-saudara di Nabawan yang diberikan peluang mengusahakan tanaman lada hitam itu rebutlah peluang dengan sebaik-baiknya. Diucapkan tahniah kepada mereka yang menyahut cabaran atau peluang yang diberikan oleh pihak kerajaan.
ReplyDelete