Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, sambutan Maal Hijrah
pada tahun ini yang bertemakan ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’ perlu
dihayati dengan memfokuskan kepada usaha memantapkan perpaduan dan
penyatuan ummah dengan pendekatan sederhana yang relevan dan sesuai
dengan tuntutan semasa terutamanya dalam konteks masyarakat majmuk di
Malaysia.
Katanya, pemantapan ukhuwah dan kesatuan ummah akan menyumbang kekuatan ummah yang boleh menunjangi pembangunan sesebuah negara.
“Apa
yang pasti, kejayaan membangunkan sesebuah negara yang memiliki
pelbagai bangsa dan agama seperti negara kita memerlukan penyertaan dan
komitmen daripada seluruh lapisan rakyat,” kata Musa dalam ucapannya di
Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri 1434H/2012M, di
Wisma Muis, di sini, kelmarin.
Katanya, hal ini bagi menjamin
perkongsian manfaat pembangunan dinikmati secara saksama oleh semua
bangsa dan agama, sekaligus mengelakkan berlakunya perbalahan yang boleh
meruntuhkan benteng perpaduan di kalangan masyarakat majmuk.
“Sesuai
dengan gagasan ‘1Malaysia’ yang telah diperkenalkan oleh Y.A.B Perdana
Menteri dan menjadi amalan dan tradisi kita di Sabah selama ini, ia
menyediakan ruang untuk seluruh rakyat, tanpa mengira kaum dan agama,
menyumbang dan berbakti untuk kesejahteraan, dan kemakmuran negara,”
katanya.
Gagasan ini juga berupaya membentuk kesepakatan dan semangat keharmonian bagi memantapkan lagi perpaduan rakyat, katanya.
Justeru,
sempena dengan sambutan Maal Hijrah pada tahun ini, Musa menyeru supaya
masyarakat mengukuhkan perpaduan dan kerjasama bukan sahaja di kalangan
umat Islam tetapi sesama rakyat Malaysia yang berlainan kaum dan agama.
“Kita
amat bersyukur kerana rahmat pembangunan yang dianugerahkan oleh Allah
S.W.T kepada kita di negeri ini telah membolehkan kita menikmati
kemajuan, keamanan dan kemakmuran,” katanya.
Namun, untuk
memastikan keadaan ini berterusan, setiap rakyat mestilah mengikis sikap
negatif dan berazam untuk mencapai matlamat hala tuju negeri dan
mentransformasikan kemajuan negeri kepada ekonomi berpendapatan tinggi.
“Kita
mestilah komited melakukan penambahbaikan serta nilai tambah dalam cara
bekerja bagi memacu pembangunan negeri dalam pelbagai bidang,” katanya.
Hakikatnya,
umat Islam hari ini mesti menyerap semangat Hijrah dengan menguasai
pelbagai bidang ilmu pengetahuan, teknologi dan kemahiran untuk mencapai
kemajuan dan kecemerlangan hidup bagi mengangkat martabat agama, ummah
dan negara ke mercu kejayaan dan kegemilangan, katanya.
Turut
hadir, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Haji Mahiruddin bersama
Toh Puan Norlidah R.M. Jasni, isteri Ketua Menteri, Datin Seri Faridah
Tussin, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Husin, Menteri di Jabatan
Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Perhimpunan
Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri 1434H/2012M, Dato’ Sri Nasir Tun
Sakaran, Setiausaha Kerjaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman, Speaker
Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak, dan juga
Menteri- Menteri Negeri.
Sumber: New Sabah Times
berhijrahlah kepada yang lebih baik.
ReplyDeletePenghijrahan kepada yang baik lebih membawa manfaat
Deletesama2 kita melakukan lebih banyak kebaikan
ReplyDelete