RANAU: Ramai rakyat Malaysia dipercayai meninggal dunia kerana tidak melakukan senaman fizikal dan tidak mengamalkan pemakanan sihat kata Pegawai Kesihatan Tuaran Dr. Koay Teng Khoon.
Berucap di majlis perasmian Bangunan Klinik Bergerak dan Pelancaran Bulan Pemakanan Sihat di Kampung Suminimpod kira-kira 12 kilometer dari pekan beliau berkata mengikut perangkaan seramai dua juta orang mati setahun kerana tidak melakukan senaman fizikal dimana 80 peratus daripadanya mati kerana serangan jantung akibat tidak melakukan senaman berkenaan.
“Seramai 30 peratus atau berjumlah enam juta orang penduduk Malaysia mempunyai kolesterol yang tinggi, 30 peratus pula berhadapan dengan tekanan darah tinggi dan 15 peratus menghidapi penyakit kencing manis,” tegasnya.
Katanya, walaupun keadaan ini agak serius namun ramai rakyat tidak sedar atau tidak tahu yang mereka itu menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi, penyakit buah pinggang atau kanser kerana penyakit ini tidak mempunyai tanda-tanda khas.
“Mereka selalunya tidak kisah atau tidak mengendahkan penyakit yang ringan dan hanya akan sedar apabila penyakit itu sudah menjadi kronik atau menyerang dengan mengejut sehingga membawa mahu,” tambahnya.
Beliau berkata cara untuk kenal pasti tanda-tanda awal penyakit tersebut ialah dengan mengadakan klinik bergerak oleh Jabatan Kesihatan khususnya di tempat-tempat terpencil dan susah perhubungan, Selain dari itu, tegasnya amalan pemakanan sihat perlu dilakukan setiap hari seperti mengurangkan makanan masin, manis, tidak merokok atau meminum alkohol di samping melakukan senaman fizikal yang berterusan.
Menurut beliau lagi, sumber makanan yang berasal dari empat kaki seperti lembu, kambing adalah tidak baik untuk kesihatan berbanding dengan yang dua kaki seperti ayam itik manakala yang satu kaki seperti sayuran pula lebih baik dan yang paling baik adalah yang tidak mempunyai kaki seperti ikan.
Majlis dua dalam satu itu telah disempurnakan perasmiannya oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Ewon Ebin yang juga Wakil Rakyat Paginatan di balai raya kampung tersebut.
Dalam ucapan ringkas perasmian, Ewon berterima kasih kepada Jabatan Kesihatan yang bukan sahaja bertindak sebagai penganjur majlis tetapi melakukan khidmat pemeriksaan percuma seperti tekanan darah tinggi, kandungan gula dalam darah, pangkal rahim, payu dara dan berat badan unggul.
Pada majlis itu, seramai 65 penduduk kampung itu menikmati khidmat pemeriksaan oleh seramai 9 kakitangan jabatan itu termasuk Dr. Koay.
Di majlis yang sama juga Ewon telah merasmikan bangunan Klinik Bergerak kampung itu yang baharu sahaja siap atas sumbangan beliau sendiri sebagai wakil rakyat kawasan itu.
Turut hadir pada majlis itu, Pegawai Perhubungan Parlimen Bairi Othman yang mewakili Datuk Siringan Gubat, Setiausaha Politik dan Sulit Japirin Sahadi dan Dallius Ubin, Pegawai Perhubungan Kementerian Japari Yadam, Pemimpin Kemajuan Rakyat Jefrin Majangki dan pemimpin setempat.

Sumber : New Sabah Times
Pesanan Bah Sabah Bah
1) Minum air putih banyak- banyak. Air putihlah air yang paling mujarab
2) Amalkan tidur yang cukup
3) Exercise selalu
4) Makan buah banyak-banyak
5) Kurangkan makan makanan berminyak...
6) akan datang...
0 comments:
Post a Comment