Datuk Seri Musa Aman |
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata beliau berhubung dengan Perdana Menteri dan memberi jaminan bahawa Perdana Menteri telah bersetuju untuk meningkatkan kekuatan Polis dan Tentera di Sabah.
Musa berkata Najib juga memberi
jaminan bahawa keselamatan dan keamanan di Sabah akan menjadi keutamaan
mereka, terutama selepas tembakan di Semporna pada malam Sabtu.
Musa juga berkata beliau turut bersama-sama dengan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pertahanan, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi memantau keadaan semasa di kawasan-kawasan selain daripada Lahad Datu.
Musa juga telah berhubung dengan kepimpinan tempatan di kawasan-kawasan yang terlibat dan menyatakan keyakinannya terhadap kebolehan pemimpin-pemimpin tersebut mengawal sentiment serta khabar-khabar angin yang boleh memudaratkan keadaan.
Musa berharap orang ramai berhenti membuat spekulasi dan menyebarkan khabar angin yang akan meningkatkan kebimbangan rakyat.
Memang kita patut menyokong usaha yang dibuat oleh kerajaan untuk keselamatan negara kita ini.
ReplyDeleteSebagai rakyat di negeri Sabah kita seharusnya menolak sekeras-kerasnya tuntutan yang dibuat oleh kesultanan sulu ini.
ReplyDeleteKita dapat lihat sendiri yang mana Sabah sekarang ini telah pun hidup dengan aman dana damai.
ReplyDeleteTapi kehadiran tentera kesultanan sulu ini telah pun merosakkan keamanan negeri Sabah ini setelah beberapa lama kita pertahankan.
ReplyDeleteKita harus memberikan sokongan dan kerjasama yang terbaik kepada pihak keselamatan untuk memastikan masalah ini akan selesai sepenuhnya.
ReplyDeletemoga tiada lagi ketegangan berlaku
ReplyDelete