Penerbangan M'sia (MAS) akan menjadi ahli ke-12 dalam Pakatan penerbangan oneworld bermula 1 Febuari 2013 sekali gus membolehkan pelanggannya menikmati pelbagai perkidmatan rangkaian global yang ditawarkan oleh rakan niaganya yang terdiri daripada syarikat penerbangan terbaik an terbesar di dunia.
- 2012, syarikat penerbangan negara memenangi anugerah Krew Kabin Terbaik Dunia buat kali ke-7 di dalam tempoh 11 tahun dan sate yang dihidangkan di dalam penerbangannya telah dipilih sebagai menu utama terbaik oleh Skytrax, sebuah oraganisasi peneraju penerbangan dan kaji selidik lapangan terbang yang berpengkalan di United Kingdom.
- Skytrx juga menganugerahkan MAS dengan status "penerbangan 5 bintang" pada 2012, pengiktirafan selaras dengan penyediaan perkidmatan eksklusif kepada pelanggan selama 40 tahun.
- Majalah Global Traveler melalui kaji selidiknya, GT Tested Reader Survey 2012 Award telah menobatkan oneworld sebagai 'Pakatan Syarikat Penerbangan Terbaik' untuk 3 tahun berturur-turut.
- Oneworld juga adalah penyandang gelaran 'Pakatan Syarikat Penerbangan Utama Dunia' dari World Travel Awards untuk 9 tahun berturut-turut.
- Ia juga dipilih sebagai 'Pakatan Syarikat Penerbangan Terbaik pada anugerah sulung Australian Business Traveller.
- Selain MAS, 11 lagi syarikat penerbangan di dalam pakatan oneworld adalah Amerika Airlines, British Airways, Cathay Pacific, Finnair, Iberia, Japan Airlines, LAN, Qantas, Royal Jordanian dan S7 Airlines.
- MAS yang menyediakan rangkaian perkidmatan ke lebih 60 destinasi di hampir 30 negara akan diseleraskan dengan produk jualan dan kadar tambang penuh oneworld sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan pakatan tersebut di Asia Tenggara menerusi 14 destinasi dan Brunei selain meningkatkan perhubungan antara kebanyakan bandar utama di Asia serta beberapa lokasi lain di dunia.
- Pelanggan MAS khususnya ahli Enrich akan memperolehi manfaat menerusi peningkatan ganjaran dan menikmati pilihan penerbangan yang lebih terjamin.
- Menerusi gabungan operasi ahli pakatan, oneworld akan menawarkan kira-kira 9,000 penerbangan harian menerusi 2,500 pesawat yang akan meningkatkan jumlah penumpang hampir 340 juta setahun dengan pendapatan sebanyak AS$110 billion.
Written by Smookiekins
moga MAS akan terus berkembang.
ReplyDeletedalam persaingan yang semakin sengit, syarikat penerbangan perlu bergerak maju ke depan.
ReplyDeletecustomers mungkin akan lebih merasa tawaran2 syarikat penerbangan
ReplyDelete