Peluang dan potensi dalam projek Petronas dan Mara mampu direalisasikan oleh usahawan tempatan menerusi program Transformasi Ekonomi.
Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata program itu menjadi landasan berinteraksi dan mewujudkan jaringan kerjasama antara kerajaan dengan usahawan.
“Pelan transformasi kerajaan dan pelan transfomasi ekonomi yang dilaksanakan mendorong Mara melakukan pelbagai transfomasi selari dengan kehendak dan keperluan kontraktor bumiputera ketika ini,” katanya pada perasmian Program Transfomasi Ekonomi Usahawan Mara-Petronas di di sini kelmarin.
Beliau berkata usahawan Mara memainkan peranan sebagai pemacu bagi melahirkan dan memperkasakan usahawan sedia ada.
Katanya, ia akan direalisasikan melalui pendekatan bersepadu dengan tumpuan kepada pembangunan usahawan, pewujudkan peluang perniagaan, bantuan pemasaran, penjenamaan dan penyediaan modal.
Menurutnya bagi memperkukuhkan lagi transfomasi berkenaan, pelbagai latihan industri juga akan disediakan.
Beliau memberitahu Mara negeri ini telah mengeluarkan pembiayaan perniagaan sebanyak RM69.2 juta dengan bilangan penerima seramai 851 orang tahun lalu manakala sehinggga Ogos tahun ini, sebanyk RM80.6 juta telah dikeluarkan.
Sambil berharap peserta program itu akan mempergunakan ilmu yang diperolehi, Sapawi berharap ia juga wajar dikembangkan kepada rakan-rakan mereka yang lain.
Lebih 200 peserta menyertai kursus sehari itu. Turut hadir, Timbalan Pengarah Mara Negeri Sabah, Zulkarnain Zakaria.
Dalam pada itu Sapawi memberitahu satu jawatankuasa akan ditubuhkan bagi melakukan penjenamaan semula ‘Satay Sipitang.’
Katanya jawatankuasa itu akan melibatkan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan beberapa agensi yang berkaitan.
“Saya sudah membuat perjumpaan dengan Naib Canselor UMS dan beliau bersetuju mengenai cadangan ini bagi memastikan perancangan ini dapat dilaksanakan dengan berkesan,” katanya lagi.
Keenakan Sate Sipitang terbukti apabila Esplanade Sipitang yang menjadi lokasi utama penjualan Sate menjadi tempat persinggahan masyarakat dari Sarawak, Brunei, kota kinabalu, tenom, keningau dan sebagainya.
Sumber: New Sabah Times
Maka mari kita sama-sama mencaburi diri sebagai seorang usahawan yang mampu memberikan perkembangan ekonomi yang positif.
ReplyDeletePelbagai bantuan telah disediakan oleh pelbagai pihak untuk membantu mereka yang ingin memula perniagaan mereka.
ReplyDeletekena manfaatkan peluang dan kemudahan yang ada.
Deletesilaplah pandangan segelintir pihak yang menuduh kerajaan mengaut kekayaan sabah melalui petronas.. sebaliknya petronas terus melaksanakan komitmen pelaburan di negeri ini untuk kebaikkan semua rakyat di negeri ini..
ReplyDelete