Orang ramai dinasihatikan agar tidak membeli rokok yang dijual tanpa lesen yang sah untuk mengelak bahaya kemungkinan kandungan bahan kimia rokok yang tidak menepati piawaian dan memudaratkan.
Pengarah Jabatan Kastam Negeri Sabah, Dr. Haji Janathan Kandok berkata, mereka yang membeli dan menghisap rokok yang tidak diiktiraf oleh kerajaan mungkin akan memperoleh kemudaratkan kesihatan tanpa disedari oleh mereka.
“Saya meminta agar orang ramai tidak akan membeli rokok-rokok yang diseludup atau yang tidak berlesen.
“Ini adalah kerana, anda semua tidak tahu bagai manakah proses pembuatan atau pengilangan yang mereka telah lakukan untuk menghasilkan rokok-rokok yang tidak sah itu.
“Kita tidak tahu sama ada rokok-rokok itu menepati piawaian pembuatannya mahupun menepati ciri-ciri kandungan kimia yang sepatutnya semasas menghasilkan rokok tersebut.
“Seandainya mereka menggunakan kaedah mahupun cara yang tidak dibenarkan dengan dos-dos yang salah, sudah tentu mereka yang selama ini mengambil rokok-rokok tiadak sah itu akan memudaratkan kesihatan mereka sendiri tanpa disedari mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Dr. Janathan Kandok Dan Keluarga di Maksak, Likas pada Sabtu.
Ketika ditanya mengenai modus operandi pihak jabatan beliau dalam usaha untuk membanteras isu rokok seludup katanya, pihak jabatannya sentiasa berusaha menggembleng pelbagai inisiatif untuk melakukan yang terbaik.
“Kastam sentiasa memandang isu ini secara serius dan usaha berterusan daripada pihak kami juga sentiasa berterusan dalam menangani isu ini.
“Kami sentiasa mempergiatkan inisiatif kami untuk terus menerus membanteras dengan mengadakan operasi rondaan yang giat di tempat-tempat yang ‘panas’ dalam isu rokok seludu haram atau tidak berlesen ini.
“Namun, kami juga memohon kerjasama orang ramai agar mereka juga tidak akan terus membeli rokok-rokok seludup atau tidak berlesen ini dengan penjualnya.
“Dengan langkah itu, para penjual rokok haram ini kemungkinan besar akan berkurangan dan dapat di banteras tahap demi tahap kerana mereka tidak mempunyai pembeli dan sekaligus mereka tidak mempunyai jualan.
“Oleh yang demikian, saya menasihatkan orang ramai di luar sana agar lebih peka dengan apa yang mereka ambil dan beli bukan sahaja untuk kesihatan mereka tetapi juga untuk keadaan sekeliling mereka,” ujar beliau.
Sementara itu, beliau yang ditemui ketika majlis itu berkata tujuan utama beliau mengadakan rumah terbuka itu adalah bagi meraih sanak-saudara yang jauh dan dekat, mengeratkan hubungan silaturahim sesama kakitangan jabatannya, berkumpul dengan orang awam yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama serta sudah tentu untuk meraikan hari yang mulia itu dalam keadaan yang baik dalm silaturahim yang erat dan perpaduan yang erat.
Hadir di majlis itu Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, dan isteri Toh Puan Norlidah Datuk R.M. Jasni, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Prof. Dr. Muhamad Harun Abdullah, Timbalan Naib Canselor, Datuk Mohd. Yusop Mansur, Setiausaha Agung USIA, Datuk Abdul Latif Kandok , Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Energy Corporation, Datuk Harun Ismail dan Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah, Datuk Hendryinus Amin.
Sumber: New Sabah Times
sebaiknya, berhentilah merokok!
ReplyDeletemembeli rokok tanpa lesen umpama menghalalkan pekerjaan yang haram.
ReplyDeleteSekarang ni warga PATI terang2an menjual rokok seludup. harap pihak berkuasa mengambil perhatian terhadap isu ni.
ReplyDeletePihak kastam perlu lebih kerap buat operasi
DeletePerlu memastikan masalah ini akan dapat ditangani. Tambahan lagi penjualan rokok haram semakin berleluasa di Negeri SAbah ini. Jika tidak ada permintaan maka perkara ini tidak akan berlaku.
ReplyDeleteMaka kerjasama dari semua untuk menangani isu penjualan rokok haram ini dapat ditangani.
ReplyDeleteLebih baik jangan merokok, merokok hanya menjejaskan kesihatan
ReplyDeletedaripada jangan beli rokok2 seludup, baik jangan merokok terus.. berlesen atau tidak, tetap akan memudaratkan kesihatan..
ReplyDelete