Kementerian Tenaga Manusia Singapura (MOM) kelmarin berkata tiada sekatan dikenakan terhadap pekerja dari Sabah dan Sarawak untuk bekerja di republik itu.
“Kami terus meluluskan permit kerja untuk pekerja dari Sabah dan Sarawak yang didapati layak dan sesuai bekerja di Singapura,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan melalui Suruhanjaya Tinggi Singapura di sini.
Katanya seperti negara lain, termasuk Malaysia, rakyat asing diwajibkan memenuhi kriteria tertentu untuk layak bekerja di Singapura.
Kementerian itu berkata ia mengetatkan kriteria berhubung pengambilan dan pengekalan tenaga kerja asing sejak beberapa tahun lepas untuk memperlahankan pertumbuhan tenaga kerja asing dan bagi menggalakkan pertumbuhan berasaskan produktiviti.
“Hasilnya, terdapat pekerja dari pelbagai negara lain, bukan saja dari negeri di Malaysia Timur, yang mungkin tidak memenuhi kriteria serta syarat ketat yang ditetapkan untuk mereka bekerja di Singapura,” katanya.
Kenyataan itu dikeluarkan berikutan laporan media baru-baru ini tentang dasar baharu Singapura yang menyekat pribumi dari Sabah dan Sarawak bekerja di negara berkenaan.
Sumber: New Sabah Times
bgslah jika tidak sekatan.
ReplyDeleteKerajaan Singapura sebenarnya amat ketat dalam urusan pengambilan pekerja ke negara mereka.
ReplyDeleteRasanya isu ni sudah selesai. harap perkara ni tidak diperbesarkan lagi.
ReplyDeleteBerita baik untuk Sabah dan Sarawak. Ini hasil dari perbincangan yang dibuat oleh kedua-dua pihak.
ReplyDeleteKita harap sangat warga Sabah dan Sarawak akan menjaga nama baik Malaysia di Negara jiran ini.
ReplyDeletePeraturan yang telah ditetapkan harus dipenuhi untuk bekerja di Singapura
DeleteSetiap negara mempunyai peraturan pengambil pekerja asing.
ReplyDeletesyukur la tidak ada sekatan dikenakan terhadap belia2 sabah dan sarawak.. mungkin berita sebelum ini hanya berunsur provokasi oleh pihak2 tertentu yang cuba menjejaskan hubungan negeri2 borneo ini dengan singapura..
ReplyDeleteapa2pun saya harap warga Sabah dan sarawak yang berkerja di republik itu akan terus menjaga tingkah laku mereka dan menjaga imej negeri dengan tidak melakukan sebarang tindakan yang bertentangan dengan undang2 di negara itu..
ReplyDeletejangan lah lagi jadi bodoh wahai warga Sabah dan serawak, jangan lah ada terjadi lagi pembunuhan atau pergaduhan, jangan tutup periuk nasi orang lain, tolonglah,
ReplyDelete