Orang ramai dinasihatikan agar tidak membeli rokok yang dijual tanpa lesen yang sah untuk mengelak bahaya kemungkinan kandungan bahan kimia rokok yang tidak menepati piawaian dan memudaratkan.
Pengarah Jabatan Kastam Negeri Sabah, Dr. Haji Janathan Kandok berkata, mereka yang membeli dan menghisap rokok yang tidak diiktiraf oleh kerajaan mungkin akan memperoleh kemudaratkan kesihatan tanpa disedari oleh mereka.
“Saya meminta agar orang ramai tidak akan membeli rokok-rokok yang diseludup atau yang tidak berlesen.
“Ini adalah kerana, anda semua tidak tahu bagai manakah proses pembuatan atau pengilangan yang mereka telah lakukan untuk menghasilkan rokok-rokok yang tidak sah itu.
“Kita tidak tahu sama ada rokok-rokok itu menepati piawaian pembuatannya mahupun menepati ciri-ciri kandungan kimia yang sepatutnya semasas menghasilkan rokok tersebut.
“Seandainya mereka menggunakan kaedah mahupun cara yang tidak dibenarkan dengan dos-dos yang salah, sudah tentu mereka yang selama ini mengambil rokok-rokok tiadak sah itu akan memudaratkan kesihatan mereka sendiri tanpa disedari mereka,” katanya.


