Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingn melahirkan
impian supaya Kolej Kadazandusun Murut (KDM) yang bakal diwujudkan di
negeri ini mencapai status universiti pada masa akan datang. Beliau berkata penubuhan kolej itu membuka lembaran baru dalam arena
pendidikan negara yang mengutamakan kepentingan semua kaum di negara
ini.
Kolej itu membuka lembaran baru dalam arena
pendidikan Sabah
“Ini satu keperluan kita daripada segi pendidikan dan memberi
peluang kepada generasi datang untuk menuntut ilmu. Saya yakin dengan
persefahaman dan kerjasama semua pihak kolej ini akan menjadi kolej
yang besar dan berkembang sebagai sebuah universiti pada masa depan. “Ini pasti akan menyerlahkan lagi penglibatan masyarakat KDM
dalam bidang pendidikan seterusnya melahirkan generasi muda yang ber-
pendidikan dan berkemahiran tinggi yang dapat memberi sumbangan
kekuatan masa depan negeri dari segi ekonomi dan pendidikan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Moginakan
Nunuk Ragang 2012 dan Majlis Ulang Tahun ke-28 Pertabalan Huguan Siou
di Tugu Nunuk Ragang, KM54 Jalan Ranau-Telupid, Sandakan, dekat sini, kelmarin Pairin yang juga Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Murut
(KDCA) turut meminta masyarakat Kadazandusun Murut supaya terus
mengekalkan amalan tradisional dan kebudayaan yang diwarisi sejak dahulu
lagi untuk tatapan generasi akan datang. Katanya, ini penting bagi memastikan warisan nenek moyang itu tidak pupus ditelan zaman.
“Pesta Moginakan Nunuk Ragang yang disambut setiap tahun amat
istimewa bagi memperingati asal usul nenek moyang masyarakat
Kadazandusun Murut serta memberi peluang kepada masyarakat itu untuk
mengukuhkan lagi hubungan persaudaraan dan perpaduan di kalangan mereka. “Kita harus meneruskan amalan yang kita warisi daripada nenek moyang
dan kita datang untuk merayakan pesta Nunuk Ragang kerana ingatan kita
bahawa kebudayaan dan amalan tradisi masyarakat kita bernilai tinggi,”
katanya.
Turut hadir isteri Pairin, Puan Sri Genevieve Kitingan, Timbalan
Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan
Teknologi Maklumat, Datuk Dr. Yee Moh Chai, Pembantu Menteri Kerajaan
Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Edward Yong, Pemimpin veteran
Kadazandusun Tan Sri Dr. Herman Luping, Ahli Dewan Undangan Negeri
Kundasang Dr. Joachim Gunsalam, Pengerusi Penganjur merangkap Timbalan
Presiden KDCA Datuk Dr.Othman Minudin dan ahli majlis tertinggi KDCA dan pemimpin masyarakat setempat.
Masyarakat Kadazandusun pelbagai etnik yang wujud sekarang
mempercayai cerita yang diperturunkan oleh orang tua-tua bahawa asal
usul mereka sebagai sebuah masyarakat bermula di Nunuk Ragang dan
‘atas restu Pemimpin Utama mereka, Huguan Siou’. Nunuk Ragang bermaksud ‘Pokok Ara Merah’, yang digunakan nenek
moyang masyarakat Kadazandusun dahulu kala untuk menggambarkan orang
ramai yang bermandi-manda, duduk berjemur di atas dahan sepohon ara
gergasi yang tumbuh di tebing sebuah lubuk yang dalam airnya dan menyebabkan pohon berkenaan kelihatan berwarna merah, katanya.
Menurut satu lagi legenda, akar pokok nunuk itu mengeluarkan getah
berwarna merah, yang mempunyai khasiat perubatan dan telah
menyembuhkan pelbagai penyakit yang dihidapi mereka yang datang
bermandi-mandi berhampirannya.
Sejarah lisan Kadazandusun dan legenda Nunuk Ragang yang diwarisi
pelbagai etnik Kadazandusun di seluruh Sabah menjadi teras kepercayaan
mereka bahawa mereka berasal daripada ne- nek moyang yang sama sebelum
wujudnya sejarah bertulis.
Sumber: New Sabah Times
Hope that Kolej Kadazandusun Murut will achieve University status so that it can allow more local bumiputera's to further their studies.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
Can't wait to see KDM college becoming the largest higher institution in the state.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
moga kolej KDM akan berkembang hingga jadi tahap U.
ReplyDeleteYa. Kolej KDM adalah manfaat rakyat Sabah
DeleteBelum tubuhkan lagi kolej KDM ni. bila sudah tubuhkan barulah nampak potensi yang lebih besar.
ReplyDeletePendidikan sangat penting pada masa sekarang, jadi ambil la peluang sebaik mungkin.
ReplyDeletetidak mustahil kolej KDM ini mampu mencapai status universiti.. yang penting kualiti pendidikan diutamakan..
ReplyDelete