Kerajaan persekutuan melalui mesyuarat Jemaah Menteri pada 1 Julai
2011 bersetuju memberi peruntukan kewangan kepada Hak Adat Anak Negeri
di Sabah sebanyak RM25,703,600 bagi membantu dan menyokong usaha-usaha Kerajaan negeri Sabah menangani isu tuntutan tanah.
Kerajaan setuju peruntuk RM25 juta tangani isu tuntutan tanah
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Joseph Kurup
berkata, jumlah yang diperuntukkan ini melibatkan kos pengukuran geran
komunal yang berjumlah RM21,970,000 dan RM2,830,000 diperlukan untuk penubuhan Unit Khas Anak Negeri.
Katanya, bakinya RM903,600 pula adalah peruntukan penubuhan pangkalan data pemilikan hartanah Native Title (NT). Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, peruntukan pertama berjumlah RM5.72 juta telah disalur kepada Jabatan Tanah dan Ukur pada 14 November 2011 dan telah disimpan di akaun amanah kerajaan negeri.
“Peruntukan tersebut adalah untuk membiayai kos projek seperti
pengukuran geran komunal (RM4,520,000), penubuhan Unit Khas Tanah Anak
Negeri (RM1,200,000) dan perolehan (3 Toyota Fortuna dan 10 Toyota
Hilux) untuk kegunaan Unit Khas Tanah Anak Negeri” katanya kepada media
dalam satu sidang media di Pejabat Perhubungan Parlimen Pensiangan di
sini.
Sehubungan dengan itu kata Kurup, seramai 19 juruukur berlesen yang
berdaftar dengan Lembaga Juruukur Sabah telah dilantik untuk
melaksanakan pengukuran 37 geran komunal membabitkan 16 geran komunal do
kawasan Sook Plain dan 21 geran komunal di kawasan Mandalom dengan
keluasan 10,479 hektar.
“Ia membabitkan sebanyak 45 kampung dengan 4,562 orang peserta di
mana Majlis Penyerahan Arahan Ukur Berdaftar (Register Survey Paper)
telah diadakan pada 23 Februari 2012 di Hotel Perkasa Keningau”
jelasnya.
Tambahnya, Juruukur-juruukur berlesen telah memulakan pengukuran
lapangan setelah menerima Arahan Ukur Berdaftar (RSP) dalam tempoh tiga
bulan. Beliau berkata, semua kerja-kerja pengukuran geran komunal dijangka
dapat diselasaikan selewat-lewatnya hujung bulan ini dan pelan-pelan
ukur geran komunal dijangka dapat diluluskan pada bulan Ogos depan
sementara geran komunal dijangka dapat disediakan pada bulan September
depan.
Bagi 16 geran komunal di kawasan Sook Plain, kampung yang terlibat
terdiri dari Kg. Kabatang Baru & Kg. Kipaliu & Kg. Simpang
Empat, Kg. Bunang Ulu & Kg. Bunang Laut, Kg. Johan Jaya, Kg.
Terlobou Baru, Kg. Sinar Harapan, Kg. Karanaan Baru, Kg. Kuala Binuow,
Kg. Binuow Tengah, Kg. Mapila, Kg. Geneva, Kg. Babason, Kg. Nukakatan
Baru, Kg. Papar Baru, Rancangan Beliau Tiulon Kg. Mustika dan Kg.
Tiulon.
Sumber: New Sabah Times
harap peruntukan tu digunakan sebaiknya dan ia dpt tangani isu tanah.
ReplyDeleteDi awal geran komunal ni diperkenalkan, ramai yang membuat penentangan terutama di daerah Tenom. jadi, sekarang harap2 penduduk sudah melihat kesan positif yang dibawa melalui geran komunal ni.
ReplyDeleteSyabas kepada Kerajaan pusat kerana sanggup memberikan peruntukan sebanyak RM25,703,600 untuk menyokong usaha kerajaan Sabah dalam menangani isu tuntutan tanah.
ReplyDeleteDiharapkan Kerajaan Sabah dan jabatan tanah akan mengutamakan hak rakyat.
ReplyDeleteUtamakan hak rakyat Sabah dalam hal tanah NCR
Deletedalam menyelesaikan masalah tanah, perlu juga peruntukan daripada kerajaan.
ReplyDelete