Showing posts with label Tanah. Show all posts
Showing posts with label Tanah. Show all posts

Tuesday, July 24, 2012

Isu tuntutan tanah, Kerajaan bersetuju beri peruntukan

Posted by Smookiekins On 7/24/2012 08:37:00 AM
Kerajaan persekutuan melalui mesyuarat Jemaah Menteri pada 1 Julai 2011 bersetuju memberi peruntukan kewangan kepada Hak Adat Anak Negeri di Sabah sebanyak RM25,703,600 bagi membantu dan menyokong usaha-usaha Kerajaan negeri Sabah menangani isu tuntutan tanah.

 Kerajaan setuju peruntuk RM25 juta tangani isu tuntutan tanah

Wednesday, February 15, 2012

Tanah NCR 7 Buah Kampung Sepakat Tentukan Sempadan

Posted by Smookiekins On 2/15/2012 09:35:00 AM
Penduduk di 5 buah kampung dalam daerah Kota Marudu dan 2 buah kampung di Beluran sepakat akan turun serentak menjalankan kerja-kerja merintis dan menanda sempadan bagi mengasingkan tanah Hak Adat Pribumi (NCR) dengan kawasan yang diluluskan kepada syarikat Begaraya Sdn. Bhd.

Friday, December 16, 2011

Ewon: Kg Kanawahon berada dalam hutan simpan akan dikeluarkan

Posted by Smookiekins On 12/16/2011 09:24:00 AM
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr. Ewon Ebin berkata Kg Kanawahon yang terletak kira-kira 115km dari pekan adalah sebuah kampung lama telah diwartakan sebagai kawasan Hutan Simpan kerajaan, akan dikembalikan kepada penduduk asal di situ. Penduduk kampung itu menghadapi kesukaran pembukaan semula tapak tanah pertanian apabila kawasan tersebut telah termasuk dalam kawasan hutan simpan berdasarkan kepada penyukatan tanah negeri. Perkara itu telah dikemukakan kepada kabinet negeri dan dibawa dalam satu mesyuarat khas, pada prinsipnya kerajaan telah bersetuju untuk mengeluarkan kawasan kampung itu untuk diberikan semula kepada penduduknya. 

Friday, November 25, 2011




Tempoh yang telah ditetapkan adalah sebagai syarat dalam skim pembangunan tanah usahasama dengan pemilik tanah bertujuan mengelak kemungkinan tanah itu dijual untuk mendapatkan wang segera. 

Ketua Menteri Datuk Musa Aman:
"Tempoh yang panjang sengaja dibuat kerana ramai pemilik tanah yang terlibat, jika tempoh singkat, akan menjual bahagian tanah mereka yang telah dimajukan"

LKTNS mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan rakyat mempunyai tanah. 
Skop tugas LKTNS bukan saja membuat wang, kerana ia bukan sebuah agensi komersil, tetapi untuk membantu penduduk tempatan yang miskin memiliki tanah yang boleh mereka majukan untuk menjana pendapatan.

LKTNS akan memohon tanah kerajaan yang sesuai untuk diusahakan dengan kelapa sawit. 70% daripada kawasan yang dimajukan itu akan diagihkan kepada pemilik-pemilik peserta projek yang layak. Sepanjang tempoh tersebut dan apabila kelapa sawit sudah matang dan dituai, para peseta akan menerima bahagian keuntungan mereka hasil daripada penjualan buah sawit. Peserta juga akan menerima lot tanah masing-masing apabila tamat tempoh perjanjian. 


Sumber: New Sabah Times
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...