Wanita perlu lebih agresif meningkatkan kemahiran dalam bidang
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mengembangkan perniagaan
dan menjadikannya medium promosi dan pemasaran perniagaan. Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Azizah
Mohd Dun berkata, ini penting memandangkan persaingan semakin sengit
dalam bidang ICT.
Wanita perlu agresif kuasai ICT
“Bagaimanapun soal keselamatan dan hak kepenggunaan dalam bidang ICT
tidak boleh diabaikan. Kita harus bersama-sama membendung kegiatan
jenayah seperti ‘cyber bully’, penipuan perbankan, porografi dan
peneybaran fitnah “Oleh itu, usaha Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM) mengadakan seminar ini tepat pada masanya untuk memberikan
kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat, khasnya golongan wanita
tentang keselamatan dalam ICT dan juga hak sebagai pengguna dalam industri komunikasi dan multimedia di negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Wanita dan ICT anjuran SKMM
Pejabat Wilayah Sabah sempena Sambutan Hari Telekomunikasi dan
Masyarakat Bermaklumat Sedunia Negeri Sabah di Pasific Sutera, di sini,
kelmarin. Azizah berkata, berikutan kegawatan ekonomi dan bertambahnya
jumlah penganggur dalam negara, kerajaan menggalakkan rakyat negara ini
terutamanya golongan wanita supaya terlibat dalam bidang keusahawanan
dan membantu menjana ekonomi keluarga.
“Pemilihan tema “Wanita dan ICT” sangat
sesuai dan bertepatan dengan usaha kerajaan yang sentiasa menyokong
penuh pembangunan golongan wanita dalam masyarakat kita,” katanya.
Tema sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Bermaklumat Sedunia iaitu “Wanita dan ICT”
bertujuan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang ruang dan
peluang yang boleh diperolehi melalui penggunaan internet dan ICT bagi meningkatkan pencapaian golongan wanita dalam pelbagai sektor.
Azizah berkata, atas usaha kerajaan melalui Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masya- rakat telah memperkenalkan program SOHO atau Smart Office-Home Office untuk menggalakkan rakyat negara ini terlibat dalam perniagaan berasaskan ICT dan dijalankan di rumah tanpa perlu hadir ke pejabat.
Progam ini diperkenalkan kepada semua golongan terutamanya wanita
yang terdiri daripada ibu tunggal dan suri rumah. Ia juga menggalakkan
penggunaan ICT di kalangan wanita untuk membantu menambah pendapatan keluarga, katanya. Beliau berkata, selain melatih dan membangunkan tele-pekerja dalam
pelbagai bidang dan perusahaan, ia juga bertujuan meningkatkan keupayaan
golongan wanita yang merupakan faktor penyumbang kepada ekonomi
keluarga dan negara.
“Kerajaan turut menyediakan pelbagai kemudahan khususnya untuk wanita luar bandar yang kurang mendapat pendedahan dalam bidang ICT. “Antara kemudahan itu ialah Pusat Internet Desa, Medan Info Desa dan
Perpustakaan Desa yang berperanan penting memberi pengetahuan berkaitan
penggunaan ICT kepada golongan itu agar lebih berkemahiran,” katanya.
Turut hadir Pengarah SKMM Wilayah Sabah dan Labuan Bukhari Yahya.
Sumber: New Sabah Times
ICT can be a useful tool in improving business, hopefully the womenfolk in the state will take Datuk Azizah's advice to have firm grasp on technology.
ReplyDeletesabah-go-green.blogspot.com
Computer programs such as USB and MYOB are useful for accounting works in a business, webdesign and social networking are also useful tools to market a business.
ReplyDeletesabah-go-green.blogspot.com
Golongan wanita perlu menguasai dan memanfaatkan sepenuhnya ICT untuk maju ke hadapan dan bersaing dengan orang lain.
ReplyDeletecuma masalah utama rakyat di negeri ini dalam memanfaatkan ICT ialah liputan perkhidmatan jalur lebar yang masih tidak meluas di negeri ini..
DeleteBagus juga ni golongan suri rumah dapat menguasai ICT. sambil2 mengurus keluarga boleh buat perniagaan secara online. ada juga pendapatan.
ReplyDeletejangan sampai kena tipu saja la..
Deletepenguasaan ICT boleh menyerap masuk ke segenap lapisan masyarakat secara berperingkat2.. dalam masa beberapa tahun akan datang, saya yakin ICT bukan sesuatu yang asing lagi bagi masyarakat pedalaman dan juga golongan wanita..
ReplyDeletepengetahuan ICT penting pada masa kini agar kita dpt melayari maklumat dgn mudah.
ReplyDeleteZaman semakin berubah dan mencabar, wanita juga semakin banyak cubaan dan banyak benda yang perlu dipelajari.
ReplyDeleteTema "Wanita dan ICT" menunjukan bahawa kerajaan prihatin terhadap rakyat M'sia, tidak mengira golongan atau lapisan masyarakat. usaha kerajaan perlu disokong oleh rakyat.
ReplyDelete