Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Azizah
Mohd Dun berkata, beberapa kawasan telah dikenalpasti untuk menubuhkan
Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di negeri ini.
Beliau berkata,
setakat ini kerajaan telah menubuhkan Taska di Wisma Muis untuk
memudahkan ibu bapa yang bekerja di kawasan berdekatan Wisma Muis
menghantar anak mereka ke pusat jagaan itu.
“Di samping itu
kementerian juga telah mewujudkan talian Sabah Care bagi memudahkan
orang ramai membuat aduan berkaitan perkhidmatan yang diberikan oleh
kementerian dan jabatan serta agensi di bawahnya.
“Pusat Khidmat
Pelanggan turut diwujudkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah
(JHEWA) yang berfungsi menerima aduan untuk dirujuk kepada pihak-pihak
berkaitan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada
majlis perjumpaan pegawai awam wanita pentadbiran awam negeri Sabah
dalam kumpulan sokongan, di Ballroom Wisma Wanita, di sini, kelmarin.
Majlis itu disertai 120 peserta daripada jabatan dan agensi kerajaan negeri,
Bagi
memastikan kesinambungan pembangunan di negeri ini, Azizah menyeru
rakyat khususnya wanita supaya terus memberi sokongan padu kepada
kerajaan.



