Friday, April 20, 2012

Subsidi untuk galak wanita jalani ujian awal kanser payudara

Posted by Smookiekins On 4/20/2012 09:21:00 AM

Kerajaan memberikan subsidi mamogram untuk menggalakkan wanita menjalani ujian pengesanan awal kanser payudara di pusat-pusat mamogram swasta yang berdaftar dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).


Kempen Kanser Payudara



Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, bagi membolehkan lebih ramai wanita menikmati subsidi itu, LPPKN mengadakan Program Gerak Gempur Subsidi Ujian Mamogram selama enam bulan iaitu dari Januari hingga Jun tahun ini.

“Oleh itu wanita yang berumur 40 hingga 70 tahun digalakkan untuk menjalani ujian mamogram sebagai langkah pengesanan awal kanser payudara.
“Ini kerana wanita dalam kumpulan itu berisiko tinggi mendapat kanser payudara,” katanya ketika melancarkan Program Gerak Gempur Subsidi Ujian Mamogram Peringkat Negeri dan Bengkel Pengurusan Kewangan Keluarga, di Wisma Wanita, di sini, kelmarin


Pemeriksaan Awal Elak Kanser Payudara

Turut hadir Setiausaha Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Asnimar Sukardi dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah Datuk Siti Sapoo Hj Ahok.
Majlis itu dianjurkan bersama LPPKN Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Wanita Negeri Sabah.
Azizah berkata, walaupun program itu telah dilaksanakan sejak tahun 2007, namun penyertaan wanita dalam program ini adalah rendah.

“Bagi negeri Sabah hanya 3,264 wanita yang telah menjalani ujian ini. Sembilan dari 10 kes kanser payudara dapat dikesan melalui ujian mamogram.
“Buat masa ini Sabah mempunyai tiga Pusat Mamogram yang berdaftar dengan LPPKN. Bagaimanapun kesemua Pusat Mamogram tersebut berada di Kota Kinabalu dan wanita yang layak dari daerah lain akan dirujuk ke Pusat Mamoggram di sini,” katanya.

Sehubungan itu beliau berharap dengan adanya program ini di Sabah, wanita dapat memberi perhatian terhadap kesihatan payudara.

“Sekiranya para wanita memerlukan penjelasan lanjut mengenai prosedur ujian mamogram ini sila dapatkan khidmat nasihat dari anggota LPPKN di Klinik Nur Sejahtera Kota Kinabalu, Klinik Nur Sejahtera Sandakan dan Klinik Nur Sejahtera Semporna,” katanya.

Azizah berkata, bagi memudahkan wanita menjalani ujian mamogram, LPPKN turut menyediakan pengangkutan percuma secara berkumpulan ke Pusat Mamogram di Kota Kinabalu untuk menjalani ujian mammogram.

“Selain itu bantuan makan dan penginapan juga turut disediakan.
“Dalam hal ini, saya menyeru kepada kaum lelaki agar turut memainkan peranan sebagai pendorong kepada isteri, ibu dan ahli keluarga wanita untuk tampil menjalani ujian mamogram.
“Segala kemudahan telah disediakan oleh kerajaan, gunakan peluang ini untuk mendapatkan perkhidmatan ujian mamogram secara percuma. Tidak sakit bukan bermakna tiada penyakit,” katanya.

Beliau berkata, selain menitikberatkan aspek kesihatan, setiap ahli keluarga terutamanya golongan wanita juga harus mengambil berat aspek pengurusan kewangan keluarga dalam usaha membentuk keluarga bahagia.

“Tumpuan kepada aspek pengurusan kewangan keluarga penting dan perlu diambil perhatian secara serius berikutan kenaikan kos sara hidup terutamanya kepada keluarga yang tinggal di bandar-bandar besar seperti Kota Kinabalu,” katanya.

Sehubungan itu katanya, penganjuran Bengkel Pengurusan Kewangan Keluarga oleh JHEWNS merupakan salah satu usaha ke arah mewujudkan institusi kekeluargaan yang mempunyai tahap kewangan yang kukuh.

Sumber: New Sabah Times

14 comments:

  1. Usaha yang baik daripada kerajaan untuk membantu kaum wanita untuk mendapatkan ujian awal untuk mengelakkan kanser payudara. Diharapkan rakyat akan mengambil subsidi ini untuk menjalani ujian masing-masing.

    ReplyDelete
  2. Pengesahan awal bolehlah membolehkan pesakit tersebut mendapatkan rawatan awal sebelum kanser tersebut tersebar.

    ReplyDelete
  3. ini membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap golongan wanita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan juga menunjukkan keprihatinan mereka dengan memberikan suntikan pelalian Human Papillomavirus (HPV) kepada remaja perempuan berumur 13 tahun bagi mencegah penyakit kanser serviks dan pangkal rahim.

      Delete
  4. diharapkan program ini akan berjaya mencapai objektifnya..

    ReplyDelete
  5. Adakah subsidi yang diberikan ini bermakna mereka yang pergi menjalani ujian mamogram tidak dikenakan bayaran atau setakat dikurangkan bayaran saja?:)kurang faham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kos untuk perubatan membebankan rakyat, jadi kerajaan telah memberi subsidi untuk kos rawatan awal mengesan kanser payu dara. Jadi rawatan dapat dikurangkan sebab kerajaan telah beri subsidi untuk rawatan tu. lebih kurang macam konsep subsidi minyak la ba tu..

      Delete
  6. Wanita kena ambil peluang ni. kalau rasa2 sudah ada tanda2, jangan tunggu hingga kanser mencapai tahap kritikal baru pergi jalani pemeriksan.

    ReplyDelete
  7. Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.

    ReplyDelete
  8. Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang.

    ReplyDelete
  9. pengesahan awal perlu dilakukan agar kita boleh ambil langkah untuk rawatan.

    ReplyDelete
  10. Ujian kanser untuk wanita sememangnya perlulah dilakukan.

    ReplyDelete
  11. satu initiatif yang baik dari kerajaan.. saya harap pemberian subsidi ini mampu mengurangkan kes kematian akibat kanser payu dara dikalangan wanita di negara ini..

    ReplyDelete
  12. saya seorang ibu tunggal..dimana boleh saya dapatkan subsidi pemeriksaan kanser payudara..saya tinggal di kajang, selangor.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...