Monday, June 17, 2013

Sokongan Terhadap Anwar Makin Menyusut, terima kenyataan

Posted by Smookiekins On 6/17/2013 04:29:00 PM
Sampai bila Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menipu dan mempermainkan rakyat untuk kepentingan dan cita-cita politik beliau walaupun sebelum ini beria-ia untuk bersara dan menjadi tenaga pengajar di sebuah universiti di Amerika Syarikat (AS) jika pakatan pemangkang gagal membentuk kerajaan?


Jawapan paling mudah dan agak realistik untuk menggambarkan siapa beliau sebenarnya ialah, Anwar tidak akan berhenti jauh sekali untuk mengaku kalah dan akan terus mengeluarkan bermacam-macam kenyataan dan andaian selagi apa yang menjadi matlamat perjuangannya tidak akan tercapai.

Hari ini Anwar bukan sahaja tidak mengotakan janjinya untuk bersara sebaliknya menyalahkan pihak-pihak lain kononnya jika proses pilihan raya di negara ini dijalankan dengan adil tanpa penipuan, pakatan pembangkang hari ini sudah mengambil alih Putrajaya. Jadi menurut beliau, kenapa beliau perlu bersara kerana beranggapan pakatan pembangkang bukannya kalah tetapi dinafikan hak untuk memerintah.

Hakikatnya Anwar tidak dapat menerima kekalahan pakatan pembangkang. Ini kerana perancangan beliau selama empat tahun kini menjadi sia-sia kerana beliau sebelum ini begitu berkeyakinan bahawa pakatan pembangkang mampu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) malah beliau sendiri sudah mendapat lampu hijau untuk dilantik sebagai perdana menteri.

Kegagalan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sesuatu yang amat sukar untuk diterima oleh beliau kerana berdasarkan usia beliau kini yang mencecah 66 tahun, bermakna beliau terpaksa menunggu lima tahun lagi iaitu pada usia 71 tahun yang dianggap sudah terlalu lewat dan dalam tempoh tersebut banyak kemungkinan yang boleh berlaku.

Memilih untuk bersara bermakna beliau sudah sampai ke peringkat berputus asa dan mengaku kalah. Perkataan itu tidak ada pada kamus hidup beliau. Apa yang beliau katakan sebelum ini hanyalah luahan untuk meraih simpati dan sokongan kerana untuk meninggalkan perjuangan politik beliau semata-mata kerana gagal membentuk kerajaan, bukan satu pilihan. Selagi ada yang menyokong beliau daripada belakang, Anwar akan tetap berdiri walaupun beliau sedar sokongan itu semakin lama semakin menyusut.

Jadi apabila kajian akhbar The Edge yang mendedahkan lebih 81 peratus pembacanya mahukan Anwar bersara kerana gagal melaksanakan janjinya menawan Putrajaya, beliau mula memusingkan cerita dengan menyalahkan pihak-pihak lain di atas kegagalan tersebut. Beliau tetap mempertahankan pakatan pembangkang tidak kalah tetapi ditewaskan oleh pihak-pihak yang tidak mahu melihat pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan di negara ini.

Ini lah yang dijaja dan dijadikan bahan dan diulang-ulang pada siri jelajah perhimpunan yang diadakan di serata negara. Saranan yang mahukan beliau bersara tidak dilayan malah dibakul sampahkan. Beliau menganggap laporan yang disiarkan oleh The Edge itu adalah palsu dan sengaja dibuat untuk melemahkan rakyat yang cintakan keamanan untuk menuju ke Putrajaya.

Walaupun menganggap perjuangannya mendapat sokongan rakyat, hakikatnya hanya segelintir rakyat yang masih terpesona dan termakan dengan cakap beliau. Di kalangan sekutu pembangkang, Pas mula menjarakkan diri dan tidak mahu terbabit dengan perancangan Anwar untuk menggerakkan rakyat berhimpun dalam siri jelajahnya mahupun terbabit dalam gerakan pihak-pihak tertentu untuk mencetuskan huru hara melalui demonstrasi jalanan untuk menjatuhkan kerajaan.

Hanya Dap yang cukup kental menyokong beliau dan berdiri teguh menyokong perjuangan beliau. Malah Dap selama ini beria-ia mahukan Anwar menjadi perdana menteri sedangkan Pas seakan sudah dapat menghidu tujuan sebenar DAP apabila menolak Anwar dengan mencadangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Malah dalam PRU13 lalu juga sudah memberi satu petunjuk jelas terutama dalam menentukan pembahagian kerusi di mana Anwar memainkan peranan besar sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong Pas apabila berlaku pertindihan calon pakatan pembangkang yang dilihat oleh Pas sebagai merugikan parti itu.


Sumber: Malaysia Aktif

1 comment:

  1. Anwar! face it, you are such a sour grape and a sore loser!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...