Tuesday, June 18, 2013

Dr M sokong Presiden UMNO, timbalan kekal

Posted by Smookiekins On 6/18/2013 05:06:00 PM
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akhir tahun ini, bagi mengelakkan perpecahan.


Bekas Presiden UMNO itu bimbang berlaku perpecahan lebih besar dalam kalangan ahli parti dan orang Melayu jika jawatan yang kini disandang Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu ditandingi. 

“Pada asasnya, saya memang menyokong jika ada pertandingan kerana ia akan menyuburkan amalan demokrasi tetapi orang Malaysia tidak begitu faham amalan demokrasi sebenar. Jika kalah, mereka tarik diri dan tubuh parti lain, sekali gus menyebabkan orang Melayu dan UMNO semakin berpecah.


“Justeru, saya menyokong sekiranya ada pertandingan tetapi bukan untuk dua jawatan tertinggi, iaitu Presiden dan Timbalan Presiden UMNO,” kata pada sidang media selepas melancarkan buku The Prisoner's Diaries, di sini semalam.

Ceritakan kisah

Dr Mahathir berkata, beliau pernah bertanding sebelum ini bagi mempertahankan jawatan Presiden UMNO dan menang dengan hanya 43 undi. Bagaimanapun pihak yang kalah mendakwa beliau di mahkamah.


“Seterusnya dia (pihak yang kalah) menubuhkan parti lain (Semangat 46) sehingga akhirnya menyebabkan orang kita berpecah,” katanya. 

Pada 1 Jun lalu, BH melaporkan pemilihan UMNO kali ini dibuat serentak pada perhimpunan agung parti dengan mengguna pakai perlembagaan baru diluluskan tiga tahun lalu bagi membolehkan 146,500 ahli peringkat akar umbi memilih pucuk pimpinan Majlis Tertinggi (MT), termasuk Presiden dan Timbalan Presiden.


Sehubungan itu, satu pasukan diketuai bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Ghazali turun padang memberi penerangan kepada ahli di seluruh negara berkaitan pelaksanaan kaedah baru itu.


Sumber: Berita Harian

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...