Friday, June 7, 2013

Kerajaan prihatin golongan tidak bernasib baik : Musa

Posted by Smookiekins On 6/07/2013 04:28:00 PM
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata kerajaan sentiasa prihatin dengan golongan kurang bernasib baik dengan menyediakan pelbagai kemudahan untuk golongan itu.

Beliau memberikan contoh projek pembinaan Kompleks Penyayang Taman Cahaya, pusat latihan untuk orang buta dengan kos RM6 juta di pekan Muhibbah di sini.

Pembinaan kompleks ini membuktikan keprihatinan kerajaan negeri dalam membela nasib golongan kurang bernasib baik, katanya semasa berucap merasmikan kompleks itu dan majlis kesyukuran kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan umum ke-13, di sini kelmarin.

Kompleks itu mula dibangunkan pada 2008 dan siap pada 2010.

Dalam pada itu, Musa berkata walaupun banyak pembaharuan dan pembangunan yang telah dibawa ke pekan Muhibbah, namun masih perlu beberapa penambahbaikan dan pembangunan lagi bagi memastikan penduduk di sini mendapat kemudahan yang diperlukan.

Katanya kemudahan yang sedang dalam pembinaan dan bakal diwujudkan di pekan itu termasuk rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat, bangunan Polis Diraja Malaysia, terminal bas, gerai mini Majlis Perbandaran Sandakan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Libaran.

“Saya amat menghargai rakyat dan saya percaya rakyat juga khususnya rakyat Libaran amat meyakini kepimpinan BN serta membalas budi baik kerajaan apabila rakyat baru-baru ini memberi kemenangan besar kepada BN,” katanya.

Sementara itu, Penyelia Pusat Latihan Orang-orang Buta Taman Cahaya, Ibrahim Abdul Hamid berkata tujuan utama pewujudan taman tersebut adalah bagi melatih orang cacat penglihatan agar mampu berdikari.

Menerusi latihan seperti mengurut dan kraf tangan di kompleks itu, ada antara peserta telah berjaya membuka perniagaan sendiri, katanya.


Sumber: New Sabah Times
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...