Thursday, May 2, 2013

TELUK USUKAN BAKAL MUNCUL HAB LOGISTIK BAHARU ASIA TENGGARA

Posted by Smookiekins On 5/02/2013 03:49:00 PM

KOTA BELUD: Teluk Usukan di sini bakal muncul sebagai hab logistik baharu di rantau Asia Tenggara menerusi usaha menjadikan kawasan itu sebagai Pusat Sokongan Industri Minyak dan Gas.

Pusat Sokongan Industri Minyak dan Gas itu dilancarkan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman sempena pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri di Padang Pekan Kota Belud, di sini, kelmarin.

“Industri ini telah diilhamkan oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kota Belud dan disokong oleh saya sendiri dan semua calon BN di kawasan Kota Belud iaitu calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan Datuk Seri Salleh Tun Said, DUN Tempasuk Datuk Musbah Jamli dan DUN Kadamaian Datuk Herbert Timbun Lagadan.

“Pusat Sokongan Industri minyak dan gas di Teluk Usukan ini boleh menyediakan peluang pekerjaan, meningkatkan perniagaan dan pendapatan kepada rakyat Kota Belud,” katanya.

Musa berkata, projek itu membuktikan kesungguhan kerajaan negeri membangunkan Sabah selain memastikan setiap rakyat menikmati pembangunan hasil daripada kestabilan politik, ekonomi dan sosial di negara ini.

Projek ini dijangka akan memberikan peluang pekerjaan lebih kurang 500 orang untuk fasa awal dalam semua kategori dan dijangka meningkat sehingga 1,000 orang apabila keseluruhan fasa selesai.

Industri minyak dan gas memainkan peranan penting dalam ekonomi Malaysia, kini permintaan terhadap industri ini sentiasa meningkat dan dilihat sebagai salah satu penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Teluk Usukan dipilih menjadi Pusat Sokongan Industri Minyak dan Gas kerana lokasinya strategic iaitu terletak kira-kira 78 kilometer dari Kota Kinabalu, bentuk muka bumi yang menarik dan unik serta laut yang dalam, berdekatan dengan operasi industri Minyak dan Gas di utara perairan Sabah dan berhampiran dengan beberapa buah pelantar dan lokasi penemuan baru seperti Malikai, Kebabangan, Ubah dan Kamunsu.

Melalui inisiatif Abdul Rahman iaitu Ahli Parlimen Kota Belud pada ketika itu untuk berbincang dengan pihak Asian Supply Base (ASB) pada Julai 2010 telah mengenalpasti Teluk Usukan sebagai salah satu kawasan yang berpotensi untuk menjadi pangkalan marin bersepadu industri minyak dan gas kerana lokasinya yang strategik.

Antara objektif projek ini ialah untuk kemudahan bersepadu marin luar pesisir bertaraf dunia, mampu menyokong semua aktiviti luar pesisir industri minyak dan gas (penerokaan, pembangunan dan produksi), melengkapi dan menyokong syarikat sedia ada serta syarikat baru untuk membangun dan mengembangkan perniagaan.

Selain itu ia juga dapat membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan tahap pendapatan penduduk setempat dan menyediakan kepelbagaian aktiviti ekonomi di Sabah dan menyokong Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan.

Sumber : New Sabah Times 

4 comments:

  1. ini akan memacu pembangunan Usukan

    ReplyDelete
  2. Harap2 kg.Buah Pandai di kekalkan sebagai kampung Tradisi Nelayan pada masa akan datang :)

    ReplyDelete
  3. Kota Belud bakal menjadi daerah yang maju.penduduk wajar menggunakan peluang yang ada sebaiknya.

    ReplyDelete
  4. Memang menjadi tanggungjawab pemimpin seperti Rahman Dahlan untuk memajukan kawasannya dan mengenalpasti setiap peluang yang ada untuk dimajukan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...