Friday, May 10, 2013

Selain pangkah, tanda lain dalam kotak juga diterima sebagai undi: SPR

Posted by Smookiekins On 5/10/2013 02:14:00 PM


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan bahawa selain tanda pangkah ‘X’ pada kertas undi, tanda lain seperti titik juga boleh diterima sebagai undi. 

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata syaratnya sesuatu tanda itu mestilah dibuat di dalam ruangan yang disediakan.

“Tulis (perkataan) tak boleh, tapi kalau ‘dot’, ‘tick’ atau apa tanda yang dibuat dalam kotak kita boleh takrifkan bahawa dia punya ‘intention’ (niat) adalah untuk memilih calon itu,” katanya kepada Bernama di sini.

“Dalam garis panduan kita, apa tanda pun diterima tak semestinya pangkah tetapi jangan buat di semua kotak,” katanya mengulas mengenai 332,297 kertas undi ditolak atau undi rosak pada pilihan raya umum Ahad lepas, berbanding 324,120 pada 2008.

Beliau berkata bilangan undi rosak menunjukkan masih ramai rakyat Malaysia tidak faham mengenai cara mengundi semasa pilihan raya sehingga beratus-ratus ribu kertas undi terpaksa ditolak dan dikategorikan sebagai undi rosak.

Selain itu, menurutnya terdapat juga pengundi yang mungkin sengaja merosakkan sesuatu kertas undi kerana tidak tahu calon yang mahu dipilih.

“Banyak sebab…pertama mungkin dia tidak mahu memilih sesiapa jadi dia rosakkan atau tulis apa-apa atau mungkin tak faham,” katanya.

Daripada keseluruhan undi rosak pada PRU13, sebanyak 171,556 kertas undi adalah bagi kerusi parlimen manakala 151,741 lagi undi untuk kerusi dewan undangan negeri (DUN).



Sumber : New Sabah Times 

3 comments:

  1. tidak kisah tanda apa. janji ia undi

    ReplyDelete
  2. pendedahan bagaimana untuk mengundi patut diberikan terutamanya pada mereka yang berada di luar bandar.

    ReplyDelete
  3. Memang banyaklah rosak kertas undi kalau hanya tanda pangkah yang diterima.mujurlah walau pertama kali mengundi pun, pangkah juga tanda yang saya buat di kertas undi:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...