Friday, May 10, 2013

TINDAKAN TERHADAP PENSABOTAJ: PAIRIN

Posted by Smookiekins On 5/10/2013 02:30:00 PM



KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) akan mengambil tindakan mengikut Perkara 6 perlembagaan parti itu terhadap mana-mana pemimpin atau ahli peringkat cawangan dan bahagian yang didapati mensabotaj calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Ahad lepas. 

Presidennya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata ini dianggap perlu kerana laporan awal menunjukkan pensabotaj adalah punca utama menyumbang kepada kekalahan calon parti di kawasan tertentu dan majoriti tipis calon yang menang. 

Pairin, yang menang kerusi Parlimen Keningau dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan, berkata beliau menunggu laporan penuh mengenai perkara itu sebelum mengambil tindakan terhadap pensabotaj. 

Mengikut laporan awal, beliau berkata calon yang menang tipis boleh mendapatkan majoriti besar jika tidak dengan pensabotaj ini. 

“Kita perlu tegas dalam hal ini…kita tidak bertolak ansur dengan pensabotaj,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat dengan calon parti itu di sini kelmarin. 

Perkara 6 (ii)(a) Perlembagaan PBS menyatakan mana-mana ahli yang dengan sengaja memohon atau mengisytiharkan dirinya sebagai ahli parti politik yang lain atau bertindak atau berkelakuan sedemikian rupa yang mungkin memudaratkan kepentingan parti atau mana-mana bahagian hendaklah terhenti menjadi ahli parti. 

Pada PRU13, PBS, sebuah parti komponen BN negeri, diperuntukkan lima kerusi Parlimen dan 13 kerusi DUN. 

Bagi kerusi Parlimen, calon BN dari PBS menang Tawau, Kota Marudu, Batu Sapi dan Keningau tetapi kalah kerusi Parlimen Kota Kinabalu kepada DAP. 

PBS turut mengalami kekalahan mengejut kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi DUN Tamparuli, Kadamaian, Matunggong, Inanam, Api- Api dan Sri Tanjong. 

Bagaimanapun, parti itu berjaya memenangi kerusi DUN Tambunan, Kiulu, Tandek, Kundasang, Labuk, Melalap dan Tanjung Aru.


Sumber : New Sabah Times 
Reactions:

15 comments:

  1. etua Umno Bahagian Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh menggesa pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) pusat agar bertindak tegas ke atas anggota BN yang mensabotaj parti gabungan itu dalam pilihan raya umum ke-13.

    ReplyDelete
  2. Beliau berkata terdapat beberapa anggota BN yang dikenal pasti melakukan perkara itu di Kalabakan dengan menaja serta berkempen menentang calon BN ekoran rasa tidak puas hati kerana tidak terpilih sebagai calon.

    ReplyDelete
  3. Saya sendiri menerima banyak maklumat tentang orang ini. Bukan satu dua orang yang bagi tahu saya tapi ramai. Oleh itu, saya berharap laporan yang dihantar dapat diberi tindakan sebab orang ini adalah 'duri dalam daging' yang boleh merosakkan parti,

    ReplyDelete
  4. Itulah jika tidak dapat menerima kenyataan.kalau tidak terpilih tu, tidak perlulah sampai mensabotaj.

    ReplyDelete
  5. Golongan inilah yang wajar dikeluarkan daripada parti sebelum parti menjadi lebih teruk.

    ReplyDelete
  6. setiap pilihanraya ada saja berlaku sabotaj. Sabotaj adalah tindakan ahli dan penyokong parti yang tidak puas hati terhadap pencalonan individu tertentu.

    ReplyDelete
  7. Sabotaj bukan sahaja berlaku secara dalaman sesebuah parti, juga berlaku antara parti komponen.

    ReplyDelete
  8. Sabotaj yang paling teruk berlaku adalah pada PRU-12, dimana ramai calon-calon BN di Semenanjung tewas, manakala di Sabah, walaupun sabotaj berlaku, namun tidak mengakibatkan kekalahan calon-calon BN.

    ReplyDelete
  9. Kebimbangan mengenai tindakan sabotaj ini, dikatakan sungguh membimbangkan DS Najib, kerana ianya ada hubungan dengan rancangan penggantian jawatan menteri-menteri besar di beberapa negeri di Semenanjung.

    ReplyDelete
  10. Tindakan sabotaj menghantui kepimpinan BN sekarang; apatah lagi, dikaitkan dengan penangguhan pemilihan Umno.

    ReplyDelete
  11. Kenyataan Najib, bahawa calon-calon yang akan dipilih nanti adalah mereka yang winnable candidate, faktor ini akan merancakan lagi tindakan sabotaj, kerana jika berlaku pemilihan calon-calon bukan daripada kalangan ahli parti yang mempunyai jawatan, maka secara senyap atau terang-terangan akan berlaku sabotaj, untuk menunjukan bahawa calon yang dikatakan winnable candidate itu, sebenarnya bukan winnable.

    ReplyDelete
  12. Jikalah seandainya, tindakan sabotaj tidak berlaku, sudah pasti BN dengan mudahnya akan menang dengan jumlah majoriti 2/3.

    ReplyDelete
  13. Melihat tindakan-tindakan Najib khasnya dan kerajaan amnnya pada masa kini, walaupun berlaku sabotaj, tidaklah sampai menengelamkan BN

    ReplyDelete
  14. BN masih boleh menang

    ReplyDelete
  15. Semoga, pucuk pimpanan berjaya mengatasi unsur sabotaj

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...