Thursday, May 23, 2013

Pembangkang letak jawatan jika tidak puas hati

Posted by Smookiekins On 5/23/2013 09:06:00 AM
“Saya cabar pakatan pembangkang untuk melepaskan tampuk pemerintahan di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan sekiranya mereka masih tidak boleh menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu,” tegas Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir.

Mukhriz menyelar tindakan pakatan pembangkang yang masih tidak berpuas hati berhubung keputusan PRU-13 lalu dengan menganjurkan Himpunan Black 505 di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, di sini, malam kelmarin.


Menurutnya, jumlah sambutan himpunan berkenaan yang terlalu sedikit berbanding jumlah rakyat Kedah memberi gambaran majoriti rakyat menolak budaya liar yang cuba dibawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menurutnya, rakyat negara ini sudah menggunakan hak mereka untuk memilih kerajaan yang mampu membawa perubahan besar kepada negeri ini khususnya dan Malaysia amnya.


Sumber: myMetro

1 comment:

  1. Pakatan pembangkang dilihat seakan-akan tidak serik untuk menimbulkan perbalahan dan provokasi terhadap Barisan Nasional (BN) biarpun telah nyata keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu menjadi bukti rakyat memberikan mandat kepada BN, kata Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Tan Sri Abdul Aziz Rahman.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...