Tuesday, May 7, 2013

Najib Angkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Di Istana Negara

Posted by Smookiekins On 5/07/2013 03:20:00 PM


KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Balai Rong Seri, Istana Negara pada 4.07 petang.

Turut berangkat ke istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Najib, 59, yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengulangi sejarah apabila mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong sama, seperti mana allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein ketika mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kedua Malaysia pada 1970.

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memberi perkenan selaras dengan Fasal (2)(a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan supaya Najib dilantik sebagai perdana menteri.

Pada pilihan raya umum ke-13 semalam, Barisan Nasional kekal berkuasa dengan memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu.

Turut hadir ke istiadat itu ialah bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi serta para pemimpin parti komponen BN.


Sumber : BERNAMA 

6 comments:

  1. Amerika Syarikat mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN) atas kemenangan pada pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas.

    ReplyDelete
  2. Kami mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana berjaya mengadakan pilihan raya yang paling kompetitif dalam sejarah negara,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Kedutaan Amerika di sini, yang memetik pemangku timbalan jurucakap di Jabatan Negara Amerika, Patrick Ventrell.

    ReplyDelete
  3. Kami puas hati melihat rakyat Malaysia pelbagai peringkat terlibat dalam proses pengundian dalam jumlah yang besar dengan semangat yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya.

    ReplyDelete
  4. Ventrell berkata Amerika berharap dapat bekerjasama dengan kerajaan baharu setelah ia dibentuk.

    ReplyDelete
  5. PRU-13 menyaksikan BN yang diterajui Najib kembali berkuasa apabila parti gabungan itu menang 133 daripada 222 kerusi parlimen untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baharu.

    ReplyDelete
  6. Tahniah kerana terus mendapat mandat rakyat. Rakyat didahulukan!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...