Friday, May 10, 2013

Mesti LULUS Sejarah

Posted by Smookiekins On 5/10/2013 04:55:00 PM


Menurut Pegawai Pendidikan Tawau Darman Shah Hj Asakil Kebanyakan pelajar sekarang begitu pantas dalam menyelesaikan masalah tanpa berfikir dengan teliti , terutamanya ketika menjawab soalan Sejarah. 

Menurut beliau, salah satu sebabnya adalah cikgu tidak mengajar mereka bagaimana berfikir dengan teliti. 

Dari tahun ini, Darman berkata semua pelajar wajib untuk lulus Sejarah selain daripada Bahasa Malaysia. 

"Di Tawau, Jabatan Pendidikan berhasrat untuk mendapatkan 95% kadar kelulusan dalam mata pelajaran Sejarah. Setakat ini hanya mencapai 50% kelulusan sahaja," katanya lagi. 


Darman berucap dalam majlis penyampaian hadiah pelajar cemerlang 2012 di SMK Kuhara kelamrin (9 May 2013). 

Menurutnya lagi "Sama ada Sejarah itu sukar ataupun mudah untuk lulus, saya harap guru-guru dapat memberikan tumpuan kepada mata pelajaran ini dan memastikan pelajar boleh mencapai kadar kelulusan yang lebih tinggi."

"Kementerian Pendidikan sedang berusaha untuk memperbaiki pembangunan pendidikan negara dan memastikannya setanding dengan negara lain seperti Hong Kong, Shanghai, Switzerland, Singapore dan Thailand. 

"Dengan itu, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malysia 2013-2015 telah membuat garis panduan untuk kita mencapai 1/3 daripada kecemeralangan dunia. Saya percaya semua guru-guru jelas dengan pelan induk pendidikan dan harap mereka akan bekerja dengan bersungguh-sungguh dalam mencapai aspirasi kementerian" tambahnya. 

Sementera itu, bagi penyampaian anugerah pelajar cemerlang Muhamad Azman Bin Md Agin telah menerima anugerah sebagai pelajar terbaik manakala anugerah Nilam telah dianugerahkan kepada  Azmatun Samihah Binti Hassan.

Wira bagi kategori ibubapa telah jatuh kepada Seharing Haji Pattawe  yang bekerja sebagai pemandu teksi manakala wirawati adalah cikgu  Zairani Binti Puteh.



Oleh ; Bah ~ Sabah ~ Bah 

Sumber rujukan : Borneo Post 
Reactions:

13 comments:

  1. sejarah penting untuk kita tau asal usul kita dan tanamkan semangat cintakan tanah air

    ReplyDelete
  2. seimbangkan pengetahuan dan ilmu dalam semua mata pelajaran.

    ReplyDelete
  3. Guru sejarah perlu lebih kreatif untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik.dengan ini, mudahlah untuk lulus mata pelajaran sejarah.

    ReplyDelete
  4. Pembangunan dan kemajuan pendidikan akan terus menjadi agenda utama kepada Kerajaan Barisan Nasional

    ReplyDelete
  5. kerajaan tidak akan mengabaikan pembangunan dan kemajuan pendidikan di negara ini.

    ReplyDelete
  6. Usaha ini termasuklah penyediaan kemudahan prasarana pendidikan selain bantuan untuk pelajar dan juga ibu bapa

    ReplyDelete
  7. pembangunan dan kemajuan pendidikan itu tidak hanya tertumpu kepada pendidikan akademik tetapi juga pendidikan agama.

    ReplyDelete
  8. keseimbangan kedua-dua pendidikan itu penting dalam membentuk shasiah pelajar dan melahirkan golongan pelajar yang cemerlang dan berjaya.

    ReplyDelete
  9. usaha kerajaan sudah tentu tidak akan berbaloi jika ibu bapa enggan untuk tampil bagi memberikan sokongan dan dokongan.

    ReplyDelete
  10. ibu bapa tidak harus mengamalkan sikap sambil lewa terhadap pencapaian pendidikan anak-anak dan menyerahkannya kepada guru.

    ReplyDelete
  11. Bimbingan dan tunjuk ajar yang terbaik adalah bermula daripada rumah dan ia merupakan tanggungjawab ibu bapa manakala di sekolah, guru hanya mengasah minat golongan pelajar

    ReplyDelete
  12. sokongan dan dokongan ibu bapa itu boleh diberikan menerusi penglibatan dalam menjayakan program-program pendidikan di sekolah.

    ReplyDelete
  13. Kerajaan Sedar pelaburan dalam pendidikan dan latihan merupakan prasyarat untuk kesejahteraan negara dan kebajikan rakyat

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...