Saturday, May 11, 2013

Hadiah utama Unduk Ngadau RM120,000 ditaja Syarikat Star Cruise

Posted by Smookiekins On 5/11/2013 12:25:00 PM

KOTA KINABALU: Hadiah utama pertandingan Unduk Ngadau Peringkat Negeri tahun ini bernilai 40,000 USD atau kira-kiraRM120,000 ditaja oleh Syarikat Star Cruise.

Pengerusi Jawatankuasa Unduk Ngadau Peringkat Negeri Joanna Datuk Kitingan berkata hadiah utama itu adalah untuk pemenang pertama hingga ketujuh.

“Selain itu hadiah wang tunai untuk pemenang tempat pertama juga dinaikkan sehingga RM6,000 berbanding RM4,000 pada tahun sebelumnya.

“Manakala pemenang Tati Topiod (Miss Natural Beauty) dan Tati Tosuau (Miss Friendly) akan ditaja oleh Diamoney dan Digi akan menaja Unduk Ngadau Popular Kaamatan,” katanya pada sidang akhbar di Hotel Le Meridien, di sini, pada malam Isnin.

Joanna berkata, pendaftaran peserta Unduk Ngadau 2013 peringkat negeri akan diadakan pada 27 Mei (Isnin) di Hotel Le Meridien bermula jam 8 pagi.

Selepas pendaftaran pelbagai program akan diadakan termasuk Sodop Pintutunan, lawatan sambil belajar di Muzium Sabah dan aktiviti amal.

“Sodop Pintutunan (Welcoming Dinner) akan diadakan pada jam 7 malam, 27 Mei untuk merai ketibaan para peserta serta penyerahan sash oleh Puan Sri Genevieve Kitingan.

“Pada hari kedua para peserta Unduk Ngadau akan mengikuti program di Muzium Sabah di mana mereka akan diberikan taklimat mengenai pelancongan berasaskan budaya oleh pengarah Muzium Sabah. Ini penting untuk meningkatkan pengetahuan sebelum mereka menyertai pertandingan Unduk Ngadau pada 31 Mei.

“Selain itu ia juga penting untuk para peserta mempelajari “Unduk Ngadau” bukan sekadar gambaran Huminodun seperti dalam Legenda Huminodun tetapi mereka mewakili masyarakat serta daerah masing-masing,” katanya.

Joanna berkata, antara peranan sebagai “Unduk Ngadau” ialah menjadi duta pelancongan kebudayaan di negeri ini.

“Oleh itu mereka harus mempunyai pengetahuan mengenai sejarah dan budaya negeri ini. Bagi meningkatkan pengetahuan mereka mengenai kebudayaan, mereka akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Galeri Muzium dan Kampung Warisan Muzium Sabah,” katanya.

Selain itu, bagi meningkatkan motivasi dan penampilan diri para peserta yang kebanyakannya gadis-gadis muda dan masih belajar di institut pengajian tinggi, jawatankuasa penganjur turut menjemput seorang penceramah motivasi untuk memberikan motivasi kepada bakal Unduk Ngadau.

“Dalam masa lima hari sebelum pertandingan, mereka akan diadili melalui sikap, personaliti dan kemesraan terhadap orang di sekeliling mereka untuk memilih Tati Topiod (Miss Natural Beauty) dan Tati Tosuau (Miss Friendly),” katanya.

Sodop Unduk Ngadau (Malam Unduk Ngadau) akan diadakan pada 29 Mei. Tiket-tiket berharga RM5,000, RM3,000 dan RM2,000 untuk satu meja kini dijual.

Maklumat lanjut mengenai tiket Sodop Unduk Ngadau, hubungi Teresa Molidu (013-868 6003), Philomena Engsun (019-8624803) atau pejabat KDCA Penampang 088-720337.


Sumber : New Sabah Times 
Reactions:

4 comments:

  1. Memng lumayan...

    ReplyDelete
  2. wah!beruntung mereka yang menang pertandingan ni..

    ReplyDelete
  3. bestnya..pasti ramai peserta ikut bertanding.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...