Friday, April 5, 2013

Tiada laporan kes selsema burung di Malaysia

Posted by Smookiekins On 4/05/2013 09:54:00 AM

4th April, 2013

KUALA LUMPUR : Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan tiada kes selsema burung jenis H7N9 dilaporkan dalam negara setakat ini.

Gambar Hiasan

Bagaimanapun, katanya, kerajaan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan wabak itu daripada menular.


Ketika ditemui Bernama, beliau berkata wabak itu masih kes terpencil dan sehingga kini hanya dilaporkan berlaku di China.


Katanya, sebagai langkah berjaga-jaga kerajaan meningkatkan pemantauan dan mendapatkan panduan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkaitan wabak itu.


“Kita juga meningkatkan langkah berjaga-jaga di semua pintu masuk negara bagi memastikan bahawa pemantauan penghidap atau mana-mana wabak penyakit dari luar negara, dapat kita halang dan terjaga dengan rapi,” katanya.


Toing Lai berkata, simptom wabak berkenaan hampir sama dengan wabak H1N1 iaitu penghidapnya antara lain akan mengalami sakit perut dan demam panas berpanjangan.


Katanya, wabak H7N9 lebih berbahaya dan serius kerana risiko kematian adalah 60 peratus lebih tinggi berbanding H1N1 hanya 0.4 peratus.


Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai melakukan saringan di hospital atau klinik jika mengalami simptom terbabit.


Pada Ahad, Bernama melaporkan China mengesahkan ada dua kematian serta satu kes akut pertama H7N9 yang dilaporkan berlaku di negara itu.


Laporan itu menyebut setakat ini masih tiada vaksin bagi mencegah virus H7N9.


Sumber : MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...