Thursday, April 18, 2013

PROSES PILIHAN RAYA

Posted by Smookiekins On 4/18/2013 11:49:00 AM


PROSES PILIHAN RAYA




PERINGKAT-PERINGKAT PILIHAN RAYA


Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil di Malaysia melibatkan enam peringkat iaitu pengeluaran writ, penamaan calon, kempen pilihan raya, pengundian, penjumlahan rasmi undi dan pengumuman keputusan pilihan raya.

i) Pengeluaran Writ

Apabila berlaku pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri atau terdapat kekosongan di luar jangka, SPR akan mengeluarkan writ iaitu surat kuasa untuk menjalankan pilihan raya kepada Pegawai Pengurus. Pada masa yang sama satu notis pilihan raya akan diwartakan dan ditampal di tempat-tempat yang mudah untuk semakan orang ramai. Notis tersebut akan mengandungi tarikh penamaan dan tarikh pengundian yang akan dijalankan.


ii) Penamaan Calon

Pada hari penamaan calon yang ditetapkan, diantara jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi, Pegawai Pengurus akan menerima borang-borang penamaan dari calon, pencadang dan penyokong atau dua darinya atau salah seorang dari mereka. Selain dari penyerahan satu salinan borang penamaan, calon, pencadang dan penyokong perlu juga menyertakan deposit pilihan raya dan Borang Akaun Berkanun iaitu Borang 5 untuk calon bagi ahli Dewan Rakyat dan Borang 5A untuk calon bagi Ahli Dewan Undangan Negeri.

Kertas-kertas penamaan yang diterima akan di semak oleh Pegawai Pengurus. Jika terdapat kesilapan atau maklumat tidak lengkap, Pegawai Pengurus akan meminta calon tersebut membuat pembetulan atau melengkapkan dokumen berkenaan. Pegawai Pengurus juga akan menyemak kelayakan seseorang calon dan membuat keputusan sewajarnya. Apabila selesai urusan tersebut Pegawai Pengurus akan mengistiyarkan calon-calon yang layak bertanding. Jika hanya seorang saja calon yang layak, Pegawai Pengurus akan mengumumkan calon tersebut menang tanpa bertanding. Kertas-kertas penamaan yang diterima akan di semak oleh Pegawai Pengurus. Jika terdapat kesilapan atau maklumat tidak lengkap, Pegawai Pengurus akan meminta calon tersebut membuat pembetulan atau melengkapkan dokumen berkenaan. Pegawai Pengurus juga akan menyemak kelayakan seseorang calon dan membuat keputusan sewajarnya. Apabila selesai urusan tersebut Pegawai Pengurus akan mengistiyarkan calon-calon yang layak bertanding. Jika hanya seorang saja calon yang layak, Pegawai Pengurus akan mengumumkan calon tersebut menang tanpa bertanding.


iii) Kempen Pilihan Raya

Selepas sahaja urusan penamaan calon selesai, calon-calon atau wakilnya bolehlah memulakan urusan kempen yang terdiri daripada pemasangan poster, ceramah-ceramah, pengedaran risalah dan kempen dari rumah ke rumah. Aktiviti kempen ini perlu dihentikan pada jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi. Untuk tujuan kempen, calon-calon dikehendaki membayar deposit bahan kempen sebanyak RM5,000 bagi pilihan raya Parlimen dan RM3,000 bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri. Begitu juga pemasangan poster ia perlu membayar sejumlah wang kepada pihak berkuasa tempatan. Bagi membolehkan calon-calon mengadakan ceramah terbuka mereka perlu mendapat permit dari pihak polis


iv) Pengundian

Pada hari mengundi yang telah ditetapkan, pemilih-pemilih yang namanya berada di dalam daftar pemilih akan keluar mengundi di pusat-pusat mengundi yang telah ditetapkan. Pada amnya masa mengundi yang telah ditetapkan oleh SPR ialah antara jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang diseluruh negara. Namun demikian ada juga kawasan yang masa mengundinya dipendekkan atas alasan keselamatan dan kesukaran pengangkutan terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Bagi pengundian awal, urusan pengundian akan dilakukan tiga hari lebih awal dari hari pengundian biasa. Pengundian awal ini akan melibatkan anggota polis dan tentera. Masa mengundi awal juga bergantung kepada jumlah pemilih. Ada tempat-tempat tertentu, masa mengundinya akan dibuka sehingga jam 7.00 petang.

Setiap pusat mengundi biasanya mempunyai lebih dari satu tempat mengundi. Ianya diketuai oleh seorang Ketua Tempat Mengundi dan dibantu oleh dua hingga empat orang pembantu. Bagi tempat mengundi awal, ada Ketua Tempat Mengundi yang mungkin di bantu oleh seorang pembantu sahaja.

Bagi pengundi-pengundi tidak hadir atau kalangan yang layak mengundi secara pos, mereka boleh mengundi lebih awal dari hari mengundi yang ditetapkan. Namun demikian semua kertas undi yang telah ditandakan perlu sampai ke Pejabat Pegawai Pengurus pada jam 5.00 petang hari mengundi tersebut.


v) Penjumlahan Rasmi Undi


Sebaik saja urusan pengundian selesai, (kecuali pengundian awal), Ketua Tempat Mengundi akan membuat pengiran kertas undi. Keputusan pengiraan undi ini akan dimasukkan kedalam borang 14. Semua borang 14 ini akan dibawa kepada Pegawai Pengurus untuk dibuat Penjumlahan Rasmi Undi. Pegawai Pengurus setelah menyemak Borang 14 ini dan jika didapati betul beliau akan mengumumkan kepada orang ramaisatu persatu dan jika terdapat keraguan beliau akan menyemak semula dengan Borang 13 Penyata Kertas Undi.

Pengiraan undi awal pula akan di kira secara berkelompok pada hari mengundi biasa seawal-awalnya pada jam 4.00 petang.

Apabila semua keputusan Borang 14 - Penyata pengundian Selepas Pengiraan Undi dan Borang 15 - Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Kertas Undi Pos diterima dan diumumkan, beliau akan menjumlahkan keseluruhan keputusan untuk menentukan pemenangnya.


vi) Pengumuman Keputusan Pilihan Raya

Setelah selesai menjumlahkan Borang 14 dan 15, Pegawai Pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya itu akan mengisytiharkan calon yang mendapat undi majoriti dan mengesahkannya sebagai wakil yang terpilih bagi bahagian pilihan raya yang berkenaan. Keputusannya tidak boleh dipertikaikan. Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya boleh mengemukakan di Mahkamah Pilihan Raya melalui petisyen pilihan raya.


DEPOSIT PILIHAN RAYA


Bagi calon-calon yang hendak menyertai pilihan raya mereka dikehendaki membayar wang deposit pilihan raya berjumlah seperti berikut:-


i) Pilihan Raya Parlimen RM 10,000.00
ii) Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri RM 5,000.00



Wang deposit ini boleh dibayar lebih awal kepada Pegawai Pengurus atau Pengarah Pilihan Raya Negeri atau selewat-lewatnya pada jam 10.00 pagi kepada Pegawai Pengurus sebelum penamaan calon. Deposit Pilihan Raya boleh dibayar dalam bentuk wang tunai atau draf bank.

Calon-calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperolehi 1/8 daripada jumlah undi yang di perolehi oleh semua calon yang bertanding di dalam sesuatu bahagian pilihan raya berkenaan.



PENGGUNAAN SIMBOL PARTI


Calon-calon boleh mengunakan simbol parti politik jika mendapat kebenaran daripada ketua parti berkenaan. Calon-calon yang tidak mewakili parti boleh menggunakan simbol Bebas yang telah di sediakan oleh SPR (Sila rujuk simbol-simbol Parti). 
 Tunaikan tanggungjawab anda! Masa depan negara ada di hujung jari anda! Mari Mengundi!

2 comments:

  1. Inilah proses pilihan raya untuk negara demokarasi seperti Malaysia. Semua parti adalah tertakluk kepada proses pihihan raya ini

    ReplyDelete
  2. bersama kita memastikan proses pilihanraya berjalan lancar tanpa sebarang masalah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...